• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hembus Nafas Setengah Jam Lepas Dirawat

oleh Ahmad Albab
24/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Seorang anggota tentera berpangkat sarjan sempat dirawat selama setengah jam sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana cedera parah akibat kemalangan di Kilometer 55, Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, dekat Kampung Bechah Laut, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 1.40 petang ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Machang menuju ke Jeli.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mangsa, Hanafi Mohd Nawi berusia 36 tahun berkhidmat di Kem Desa Pahlawan Bukit Cina, Kok Lanas, Kota Bharu.

Katanya, beliau meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Tanah Merah (HTM), di sini, pada jam 2.10 petang.

“Mangsa terbabit kemalangan apabila kereta dipandu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar tebing.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terpelanting ke tengah jalan, dalam keadaan empat tayar di atas.

“Mangsa cedera parah dan dibawa ke HTM untuk rawatan kecemasan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Hanafi disahkan meninggal dunia pada jam 2.10 petang ketika dirawat.

Suzaimi berkata, mayat dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987. – myMetro Online

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd