• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Pertama Yang Sibuk Bagi Zahid Hamidi Sebagai TPM

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai jadual padat pada hari pertama bertugas sebagai timbalan perdana menteri, bermula dengan beliau menghadiri majlis angkat sumpah jawatan bagi menteri dan timbalan menteri baharu di Istana Negara pagi ini.

Pada majlis angkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Ahmad Zahid menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semalam mengumumkan rombakan Kabinet di Putrajaya.

Selepas majlis di Istana Negara di ibu negara, anggota Parlimen Bagan Datoh itu terus ke Putrajaya bagi menghadiri mesyuarat Kabinet dipengerusikan Najib.

Menurut pembantunya, Ahmad Zahid, buat masa ini, akan menjalankan tugasnya dari pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri di pusat pentadbiran persekutuan itu.

Rombakan Kabinet menyaksikan pelantikan Ahmad Zahid sebagai timbalan perdana menteri yang baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Empat menteri lain turut digugurkan dan tujuh menteri baharu dilantik.

Selepas mesyuarat Kabinet, Ahmad Zahid bergegas ke Kementerian Dalam Negeri bagi menghadiri majlis khas yang menghimpunkan warga kerja kementerian bagi meraikan pelantikan beliau sebagai timbalan perdana menteri.

Program beliau pada hari ini termasuk majlis Aidilfitri bersama-sama anggota polis dan keluarga mereka di Dewan Serbaguna ibu pejabat polis Desa Tasik di Sungai Besi.

Ahmad Zahid berkata pelantikan beliau sebagai timbalan perdana menteri bukan satu habuan tetapi tanggungjawab terhadap negara dan seluruh bangsa di Malaysia.

Naib Presiden UMNO itu berkata beliau akan menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin mengikut kemampuannya. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd