• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gani Patail Jelaskan Akaun Najib Razak Tidak Dibekukan

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERHUBUNG dengan siasatan pasukan khas tentang isu sebahagian dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kononnya dipam masuk ke dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Tun Razak, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan bahawa akaun milik Perdana Menteri tidak dibekukan.

Spekulasi tersebut timbul setelah pihak penyiasat dilaporkan membekukan enam akaun milik individu tertentu, namun tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenainya.

BERKAITAN: Pasukan Polis Serbu Pejabat 1MDB Pagi Ini

najib-WSJ

Selain itu, dalam kenyataan sama, beliau turut menzahirkan kebimbangannya terhadap ‘sindiran’ dari pihak luar yang mengaitkan kredibiliti Peguam Negara dengan agenda politik.

Ujarnya, tujuan Pasukan Petugas Khas yang menggabungkan beberapa agensi kerajaan ditubuhkan adalah untuk memastikan tidak timbul penyalahgunaan makanisme siasatan.

Bukan itu sahaja, Abdul Gani juga memberi amaran untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang didapati bersekongkol dalam pendedahan maklumat tentang akaun itu kerana ia tertakluk di bawah seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Bukan itu sahaja, ia juga menjadi satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan untuk mana-mana pihak menyatakan maklumat yang telah diperoleh melalui tugasnya kepada mana-mana pihak lain.

Ia berikutan satu maklumat yang didedahkan dalam satu artikel terbitan akhbar Wall Street Journal bertajuk ‘Malaysia Orders Freeze of Accounts Tied To Probe of Alleged Transfers to Prime Minister Najib’ bertarikh 7 Julai (semalam) masih tertakluk dalam siasatan.

Ujar Abdul Gani lanjut, individu tersebut seharusnya menyedari kepentingan memelihara integriti kertas siasatan agar tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan orang awam.

lawmakers 1MDB new

Selain diwakili Abdul Gani selaku Peguam Negara, pasukan tersebut turut disertai Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Pasukan Petugas Khas Siasat Akaun Najib

https://www.youtube.com/watch?v=MosapWJXPlg

Tags: Abdul Gani Patailimdbkhalid abu bakarNajib Tun RazakPerdana MenteriZeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jualan Apple Watch Jatuh Merudum 90% Sejak Mula Dijual?

Next Post

Warga Emas Maut Dirempuh Kereta Di Marang

Related Posts

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

07/07/2024
0

London: Terdapat hanya satu benda dianggap utuh sepanjang kemelut politik di United Kingdom sejak 14 tahun lalu iaitu Larry si...

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

15/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Satu perkhabaran baik untuk rakyat berkaitan barangan makanan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Next Post

Warga Emas Maut Dirempuh Kereta Di Marang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd