PELAKON dan hos cantik, Elaine Daly selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, semalam.
Berkongsi khabar gembira itu di laman Instagram, Elaine memperkenalkan nama puteri hatinya itu, Eva Jean Boden yang dilahirkan jam 8 pagi semalam di Hospital Pantai, Bangsar.
Elaine berkahwin dengan seorang doktor kelahiran Afrika Selatan, Dr Nick Boden yang berkhidmat di Malaysia pada Disember tahun lalu. Berita itu turut dikongsikan rakan baik Elaine, pelakon Nur Fazura di laman sosial yang sama untuk pengetahuan para pengikutnya.
Tahniah Elaine dan suami! – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JULIANA JOHARÂÂ
Elaine Daly bakal menimang cahaya mata perempuan

