• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Jamin Keselamatan Pelayar Asing Diutamakan

oleh Ahmad Albab
04/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) memberi jaminan kepada semua pelayar bahawa keselamatan mereka diutamakan ketika acara pelayaran ‘Sail Malaysia Passage to the East’ dijadualkan berlangsung dari 7 ke 9 Julai di pantai timur Sabah.

Pegawai Kanan Komponen Darat Esscom Lt Kol Hishamuddin Zahrullayali berkata Esscom melakukan apa sahaja untuk memberikan ‘perlindungan terbaik’ semasa pelayaran mereka di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dari Kudat ke Tawau.

“Yakinlah, dengan gabungan aset udara, laut dan darat yang kami ada, kami akan pastikan keselamatan semua pelayar ketika pelayaran.

“Selamat datang ke Sabah, negeri di bawah bayu dan nikmatilah pelayaran anda di Esszone … malah, kehadiran anda merupakan testimoni bahawa Sabah, khususnya di Esszone, adalah selamat,” katanya kepada peserta acara itu dalam taklimat khas keselamatan di sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Taman-Taman Sabah Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood dan pegawai kanan Komponen Maritim Esscom, Kapten (M) Wan Mat Wan Abdullah.

Kira-kira 37 kapal layar dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Perancis, New Zealand, Austria dan Belanda dijadualkan mengambil bahagian dalam acara itu.

Jaminan Esscom terhadap keselamatan pelayar itu diutamakan berikutan kejadian penculikan yang berlaku di restoran makanan laut di Sandakan, baru-baru ini.

Hishamuddin, menjawab satu soalan dalam sesi taklimat itu berkata penculikan itu merupakan kes terpencil yang berlaku pada waktu malam.

“Dipercayai penculik mempunyai perancangan teliti sebelum melakukan penculikan. Penculikan secara rawak tidak mungkin berlaku,” katanya dan menambah pasukan keselamatan Esscom akan meningkatkan pengawasan di perairan Esszone.

Beliau berkata walaupun situasi keselamatan secara amnya terkawal di Esszone, Esscom sentiasa peka terhadap sebarang kemungkinan.

Dalam hal ini, Hishamuddin menyeru masyarakat supaya memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Esscom dalam merealisasikan hasrat murni kerajaan menjadikan Esszone sebuah kawasan yang selamat untuk semua termasuk pelancong asing.

Esszone berkeluasan 1,733.7km dari Kudat ke daerah Tawau juga merangkumi daerah-daerah Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna. – BERNAMA

 

Tags: EsscomKapal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga...

Verstappen Laung Amaran Awal

Kapal Diserang Houthi Karam Di Laut Merah

03/03/2024
0

DUBAI: Sebuah kapal yang diserang kumpulan bersenjata Houthi Yaman karam di Laut Merah, sekali gus menjadi kapal pertama musnah sepenuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd