• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Parah Dipercayai Disimbah Asid

oleh Ahmad Albab
26/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dua individu dilapor cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh seorang lelaki yang dikatakan enggan membayar sewa rumah di Kampung Baru Bakar Kapur, Kuala Kedah semalam.

Kejadiaan pukul 6 petang itu menyebabkan Khairul Izzat Mohd Zaki, 22, melecur di muka, badan dan tangan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang manakala rakannya Mohd Sufri Zulkifli, 19, cedera di leher dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Dua adik kepada Khairul Izzat iaitu Hasbullah Mohsin, 19, dan Ahmad Humaidi, 11, serta sepupu mereka Loqman Hakim Said, 22, cedera ringan dan turut dirawat di HSB.

Ibu kepada adik beradik itu Salmah Salleh, 51, berkata beliau bersama tiga anaknya itu, beberapa anggota keluarga yang lain, rakan anak-anaknya serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bakar Kapur telah pergi
ke rumah lelaki tersebut pada pukul 5 petang untuk berbincang mengenai pembayaran sewa rumah yang tertunggak.

“Lelaki itu yang berumur sekitar 60-an tiada di rumah kecuali isteri dan anak-anaknya. Setelah menunggu hampir sejam, saya pulang ke rumah sementara anak-anak saya serta kawan-kawan mereka terus menunggu.

“Saya kemudiannya berpatah balik setelah terdengar jeritan dari arah rumah itu dan terkejut apabila melihat anak-anak saya serta kawan mereka berada di dalam sungai dalam keadaan kesakitan,” kata Salmah.

Beliau berkata rakan anaknya kemudian memberitahu lelaki tersebut yang baru pulang segera masuk ke dalam rumahnya dan keluar semula serta menyimbah asid di dalam botol plastik kepada mereka sehingga menyebabkan mereka berlima terjun ke dalam sungai berdekatan bagi menghilangkan rasa pedih dan gatal pada badan mereka.

Salmah berkata lelaki terbabit dan anggota keluarganya bersembunyi di dalam rumah dan menyerah diri setelah pihak polis yang dihubungi datang.

Lelaki tersebut dikatakan menyewa rumah pada bulan Ogos tahun lepas dengan kadar RM150 sebulan dan tidak membuat pembayaran mulai Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt Rohana Omar berkata suspek yang berumur 63 tahun telah ditahan malam tadi dan akan disiasat kerana mendatangkan kecederaan.

Dia direman mulai hari ini hingga 29 Julai, katanya. – BERNAMA

Tags: asid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesan Asid Ditemui Di Kediaman Konsul Arab Saudi

08/11/2018
0

DOHA - Sumber dalaman pejabat peguam negara Turki, hari ini mendedahkan bahawa pasukan penyiasat menemui kesan asid hidroflorik dan beberapa...

5 Wanita Cedera Disimbah Kimia, Pemandu Teksi Diburu

09/05/2018
0

SEKURANG-KURANGNYA lima wanita cedera akibat perbuatan individu tidak dikenali yang menyimbah bahan kimia ke arah mereka dari teksi yang sedang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd