• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cosby Beri Dadah Untuk Dapatkan Seks

oleh Ahmad Albab
08/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Dalam dokumen mahkamah pengakuannya pada 2005, pelawak Bill Cosby mengaku memiliki dadah jenis Quaaludes dengan niat untuk memberi dadah pelali itu kepada wanita muda bagi membolehkannya melakukan seks dengan mereka.

Cosby, 77, membuat pengakuan itu ketika memberi keterangan dalam kes saman sivil oleh bekas pekerja Universiti Temple, Andrea Constand, yang mendakwa Cosby memperdayakannya mengambil dadah itu dan kemudian melakukan serangan seksual terhadapnya.

Kes itu diselesaikan pada 2006 dengan bayaran yang tidak dinyatakan. Associated Press membuat permohonan mendapatkan dokumen kes berkenaan yang diberi mahkamah semalam.

Barisan peguam Cosby berhujah dokumen itu boleh memalukan pelakon komedi itu yang terkenal dengan watak bapa penyayang Dr Cliff Huxtable melalui siri televisyen ‘The Cosby Show’ pada the 1980-an dan 1990-an.

Lebih 40 wanita tampil mendakwa Cosby memberi dadah dan melakukan serangan seksual terhadap mereka tetapi peguam pelakon itu menafikan dakwaan terbabit.

Cosby tidak pernah didakwa tetapi kehidupannya sebagai pelakon terjejas dengan projek televisyen serta pertunjukan dibatalkan. Dia juga meletak jawatan dalam lembaga pemegang amanah Universiti Temple.

Cosby mengaku memiliki tujuh pil Quaaludes pada 1970-an dadah digunakan sebagai penenang dan melegakan otot yang disalah guna sebagai dadah rekreasi pada 1970-an.

“Apabila anda mendapat Quaaludes itu, adakah anda berniat memberikannya kepada wanita muda yang anda mahu melakukan seks dengan mereka?” kata soalan kepada Cosby dalam dokumen itu ketika dia memberi keterangan pada 2005.

“Ya,” dia menjawab.

Apabila ditanya adakah pernah memberi dadah itu kepada wanita, peguamnya membuat bantahan tetapi Cosby kemudian mengaku memberi satu biji setengah pil dadah Benadryl yang diperolehinya tanpa priskripsi doktor kepada Constand.

Dalam temuramah dengan stesen televisyen ABC Mei lalu, Cosby menyatakan dia enggan bercakap mengenai perkara itu.

“Saya tidak boleh memperkatakannya. Saya tidak mahu berbalah. Saya tidak bercakap mengenainya,” katanya. – AP/myMetro Online

Tags: artis luar negarapelakon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Temui Mayat Bayi Dikerat 6 Dalam Tangki Tandas

Next Post

Peningkatan Kes Denggi, Majlis Bandaraya Dipersalahkan

Related Posts

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

Dakwaan Pelakon Siasatan Tanpa SOP Tidak Bertanggungjawab – Polis

08/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty...

Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda RM6,000

Pelakon TV Popular AS, Andre Braugher Meninggal Dunia

13/12/2023
0

LOS ANGELES: Pelakon siri televisyen (TV) popular, Brooklyn Nine-Nine, Andre Braugher meninggal dunia pada usia 61 tahun. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Peningkatan Kes Denggi, Majlis Bandaraya Dipersalahkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd