• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Che Ta Terpaksa Sewa Kondo Khas Untuk Simpan Baju

oleh AK-47
02/07/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dinafikan sebagai selebriti terkenal, mereka perlu menjaga setiap penampilan agar tampil menarik di kaca televisyen dan di hadapan peminat.

BACA: WOW.. Che Ta Sekeluarga Tempah 60 Pasang Baju Raya

Maka tidak hairanlah, ramai selebriti yang mempunyai bilik khas untuk menyimpan koleksi pakaian kan?

Namun, lain pula kaedah yang digunakan pelakon jelita Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta yang mendedahkan terpaksa menyewa sebuah kondomium khas untuk menempatkan koleksi pakaiannya yang terlalu banyak. Haa, terkejut bukan?

Che-Ta-Sewa-Kondo-Khas-Untuk-Simpan-Baju-ROTIKAYA20150701_5356 1

“Saya terpaksa sewa sebuah kondo lain untuk tempatkan baju-baju kami sekeluarga memandangkan tiada ruang untuk menyimpan koleksi pakaian yang ada. Maklumlah saya sudah berada di dalam industri hiburan agak lama.

“Bukan tidak mahu menjual atau lelong baju-baju itu tetapi agak susah sebab ada peminat yang pernah beli beritahu saiz baju terlalu kecil. Kondo yang saya sewa itu terletak dekat sahaja dengan rumah saya. Hanya beberapa kilometer,” katanya kepada Tonton Extra.

Menurut isteri kepada Zain Saidin ini, anaknya Aaisyah Dhia Rana yang kini sudah berusia lapan bulan turut mempunyai koleksi baju yang banyak sehinggakan kini sudah memerlukan empat pintu almari.

“Baju Aaisyah sahaja sudah memerlukan empat pintu almari untuk menyimpannya. Apa tidaknya, selain saya dan Zain yang belikan baju-baju Aaisyah, dia juga dapat banyak tajaan daripada pelbagai jenama pakaian.

“Tidak cukup dengan itu, peminat-peminat juga ramai yang hantarkan hadiah. Sebab terlalu banyak, ada baju yang tidak sempat diulang pakai. Pakai sekali sahaja,” jelas Che Ta.

image2

Sebelum ini, Che Ta memaklumkan telah menempah 60 pasang baju buat keluarganya bagi sambutan Aidilfitri kali ini.

Alahai, bertuah sungguh keluarga selebriti ini yang tidak putus-putus dikurniakan rezeki.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Tonton Extra

Tags: Rozita Che Wan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Che Ta Menyesal Lambat Pakai Tudung

30/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Ketika ramai rakan artis lain kembali membuka hijab dengan pelbagai alasan, nampaknya pelakon dan pengacara Che Ta...

Permohonan Maaf Sehingga Jam 6 Petang, Kata Che Ta

15/03/2019
0

PELAKON, Rozita Che Wan atau Che Ta membuat sidang media berhubung bekas pemandu peribadi, Muhamad Riduan untuk permohonan maaf secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd