PELAKON Brad Pitt mendedikasikan tatu terbaharunya kepada isteri, Angelina Jolie dan tiga anak angkatnya.
Dia mencacah tatu rekaan minimal berabjad A, M, P, dan Z yang mana ianya melambangkan huruf hadapan bagi nama Angelina dan anaknya, Maddox, Pax dan Zahara.
Aktor ini sememangnya seorang penggemar tatu tegar dan setakat ini Brad sudah mempunyai tatu kekal di bahagian belakang badan, tangan, betis dan perut.
Terdapat ura-ura mengatakan Brad bakal mencacah lagi tatu untuk mengabadikan nama tiga lagi anaknya iaitu Shiloh dan kembar, Vivienne dan Knox. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=FXzowFlMons