• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biar Polis Dapat Maklumat Daripada Justo, Kata Nancy

oleh Ahmad Albab
25/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis merupakan pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat daripada bekas pekerja PetroSaudi International, Xavier Andre Justo yang kini ditahan di Thailand, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata, biar polis menjalankan tugas itu walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak dapat bertemu warganegara Switzerland itu di Bangkok beberapa hari lepas bagi mendapatkan maklumat berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini, beliau percaya Khalid tidak dapat bertemu Justo kerana polis Thailand masih menjalankan siasatan.

“Jika kita masuk campur, ini mungkin boleh menjejaskan seluruh proses kerana ia melibatkan pengumpulan bukti dan memfailkan tindakan undang-undang.

“Ini merupakan proses biasa di mana-mana negara berdaulat dan siasatan tidak dijalankan secara lewa,” katanya.

Beliau berkata mungkin apabila polis Thailand sudah menyelesaikan siasatan mereka, mereka akan membantu Malaysia.

Nancy berkata orang ramai tidak sepatutnya menyifatkan kegagalan Khalid untuk bertemu Justo sengaja dilakukan.

“Ada orang yang mungkin tidak faham atau tahu tentang prosedur ini. Mereka mula meragui keupayaan kerajaan dan membuat komen negatif,” katanya.

Polis, katanya perlu diberikan kebebasan untuk menjalankan siasatan mereka.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib antara tetamu pada majlis rumah terbuka itu. – BERNAMA

 

Tags: Nancy ShukriXavier Andre Justo
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tindakan Gantung Permit The Edge Wajar – Ismail Sabri

Next Post

KDN Tiada Kuasa Sekat Blog, Portal Berita

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

Mahkamah Benar Najib Periksa Dokumen Justo Serah SPRM

13/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memeriksa dokumen...

Next Post

KDN Tiada Kuasa Sekat Blog, Portal Berita

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd