• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Masa Kementerian Kewangan Cari Jho Low – Nur Jazlan

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan perlu diberi masa untuk mencari ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low kerana permintaan kepada kementerian itu hanya dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada minggu lepas.

“Kami baru sahaja menghantar surat kepada mereka pada Jumaat lepas untuk mencari Jho Low, jadi berikan mereka masa. Baru tiga hari saja,” kata Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed kepada The Star Online.

Beliau mengulas laporan oleh portal berita pada Isnin bahawa Kementerian Kewangan gagal untuk mencari Jho Low selepas diminta berbuat demikian oleh jawatankuasa itu.

Pada Ahad, Nur Jazlan berkata PAC telah menghantar surat kepada Kementerian Kewangan untuk mencari Jho Low untuk hadir di hadapan jawatankuasa pada 8 September ini.

Beliau berkata PAC turut memanggil pengarah-pengarah Brazen Sky Sdn Bhd dan seorang lagi dari syarikat di bawah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terlibat dengan pelaburan dalam PetroSaudi International untuk hadir di hadapan jawatankuasa itu pada 9 dan 13 September.

“Adalah menjadi tanggungjawab kementerian itu sebagai pemegang saham utama 1MDB untuk mengesan mereka kerana mereka sepatutnya tahu di mana mereka berada,” kata Nur Jazlan.

Kementerian itu, katanya, boleh mendapatkan bantuan pihak berkuasa seperti polis untuk mencari mereka.

Jika mereka yang berkenaan gagal hadir, beliau berkata PAC akan membuat keputusan mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil.

Nur Jazlan berkata PAC telah menetapkan 4, 5 dan 7 Ogos untuk bertemu bekas-bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB dan 17 dan 18 Ogos untuk bertemu bekas-bekas pengarah.

Jawatankuasa itu mahu mendengar daripada mereka mengenai dakwaan bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo, katanya. – mStar Online

Tags: Jho LowPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd