• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barisan Kabinet Baharu Diharap Mampu Bawa Aspirasi Rakyat

oleh AK-47
29/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam diharap akan membawa harapan rakyat, beraspirasikan nilai masyarakat dan prihatin serta peka dengan masalah semasa.

Pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berkata kabinet baharu yang dibentuk itu haruslah mampu membantu Perdana Menteri dalam menguruskan negara terutama pada saat kedudukan ekonomi global yang sukar serta wujudnya pelbagai isu dan polemik politik semasa.

“Kabinet baharu ini diharap dapat menjadi enjin bukan sahaja kepada pengurusan negara bahkan menjadi satu kumpulan pengurusan yang membawa kepada pengekalan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Pelantikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu yang juga Naib presiden UMNO yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan UMNO lepas, diharap dapat memainkan peranan sebagai jambatan aspirasi kerajaan dengan masyarakat,” katanya kepada Bernama.

Dalam pengumuman senarai anggota kabinet baharu itu portfolio Tan Sri Muhyiddin Yassin diambil alih Ahmad Zahid yang juga kekal memegang portfolio Menteri Dalam Negeri.

Pengumuman rombakan Kabinet yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen itu turut menyaksikan lima orang digugurkan dan tujuh dilantikmenteri baharu.

Mengulas lanjut, Shukri berkata keberanian Najib sebagai ketua kabinet dalam mengadakan kejutan rombakan ketika ini adalah penunjuk bahawa beliau akan terus ke hadapan dan tidak akan berundur.

“Saya yakin bahawa apa yang dilakukan Najib adalah dengan matlamat membina kumpulan pengurusan yang boleh bekerja bersama beliau bagi menguruskan negara dan membawa perspektif baru imej kerajaan BN di mata masyarakat awam termasuk di peringkat antarabangsa.

“Terdapat juga elemen baru yang dibawa Najib dalam penstrukturan semula kabinet dengan melantik tokoh berwibawa dalam bidang khusus.

“Selain untuk membantu menyiapkan negara menghadapi kemungkinan krisis ekonomi global, anggota serta pemimpin UMNO dan BN diharap berlapang dada untuk menerima kumpulan pengurusan transformasi baharu Najib ini,” katanya.

Barisan kabinet baharu itu melibatkan 25 kementerian dan 37 orang menteri berbanding 24 kementerian dan 32 menteri sebelum ini. – BERNAMA

Tags: kabinetpolitikRombakan Kabinet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Rombakan Kabinet Dua, Tiga Minggu Lagi?

Rombakan Kabinet Dua, Tiga Minggu Lagi?

07/11/2025
0

PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam tempoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd