• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Balas Dendam, ISIS Godam Facebook & Twitter PDRM

oleh AK-47
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAMAN Facebook dan Twitter Polis DiRaja Malaysia (PDRM) baru sahaja digodam sebentar tadi oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai AnonGhost.

Imej dan avatar di web kemudiannya diubah kepada gambar yang menyokong kumpulan militan ISIS.

Gambar tentera ISIS turut dimuat naik oleh penggodam dengan mesej “Viva Islamic State”.

AnonGhost sebenar merupakan kumpulan penggodam yang terkenal kerana berjaya menggodam laman web Israel untuk memaparkan mesej pro Palestine.

pdrm kene hack bohh2

Dipercayai, mereka terdiri daripada 15 penggodam/aktivis yang berpangkalan di Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah.

Mereka juga bertanggungjawab menggodam laman Bangsa Bangsa Bersatu (United Nation) dan memaparkan gambar kanak-kanak Palestin yang terkorban akibat operasi Protective Eagle yang dilancarkan rejim Zionis tahun lalu.

anon
Logo AnonGhost

Selain itu mereka dipercayai mencuri data kad kredit pengguna di Israel dan kemudian menggunakannya untuk menderma kepada badan amal Palestin.

Tidak dapat dipastikan jika kumpulan Anon Ghost yang sama terbabit dalam serangan siber ke atas akaun-akaun sosial PDRM hari ini.

Jika sama, tindakan menggodam laman Facebook dan Twitter ini mungkin tindakan balas ekoran tindakan PDRM menangkap penyokong ISIS di Malaysia.

Setakat 3.55 petang ini,  laman Twitter PDRM seakan berjaya dikawal semula namun baru beberapa minit lepas, Twit terbaru daripada ‘mereka’ menunjukkan laman tersebut masih belum selamat sepenuhnya.

Laman Facebook PDRM juga masih dipegang penggodam ketika berita ini ditulis.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Tags: facebookGodamISISpenggodam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

Tony Fernandes Kesal Video Palsu Yang Tular, Bidas Facebook

24/05/2024
0

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video palsu mengenainya menjadi tular. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Aplikasi KK Mart Digodam, Tertera ‘Amaran Terakhir’

Aplikasi KK Mart Digodam, Tertera ‘Amaran Terakhir’

22/03/2024
0

Aplikasi mudah alih rangkaian kedai serbaneka KK Mart telah digodam hari ini, dengan perkataan "Amaran Terakhir" dipaparkan muncul pada aplikasinya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd