• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Terima Sumbangan Raya RM1.82 Juta

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Rabu menerima sumbangan berbentuk kewangan dan barangan berjumlah RM1.82 juta daripada pelbagai pihak sempena Aidilfitri.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima sumbangan itu dalam satu majlis yang diadakan di Wisma Pertahanan di sini.

Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) menjadi penyumbang terbesar dengan anggaran kos barangan makanan sebanyak RM230,000, diikuti sektor korporat, pertubuhan bukan kerajaan, badan politik, pertubuhan sukarela dan syarikat-syarikat swasta.

Yang Dipertua BAKTI yang juga isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir bagi menyampaikan sumbangan berkenaan.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Naib Yang Dipertua BAKTI yang juga isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Pada majlis itu, ATM turut menerima sumbangan zakat berjumlah RM1.403 juta daripada tiga badan korporat iaitu Affin Islamic Bank Berhad (RM700,000), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (RM353,000) dan Koperasi Tentera (RM350,000).

Dalam ucapannya, Hishammuddin berkata seramai 20,000 anggota akan bertugas pada musim perayaan ini di dalam dan luar negara termasuk 911 pegawai dan anggota yang bertugas di bawah misi Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan, Mindanao, Afghanistan, Congo, Sudan, Sahara Barat dan Liberia.

Selain menyediakan beg sumbangan kepada anggota terbabit, beliau berkata sumbangan kewangan yang diterima hari ini akan disalurkan ke Tabung Kebajikan Angkatan Tentera bagi membantu kebajikan anggota ATM; balu serta tanggungan jika berlaku kematian, membantu kos pendidikan anak-anak anggota, dan menyediakan peralatan atau sokongan yang tidak dibiayai oleh peruntukan kerajaan.

Sementara itu, Rosmah dalam ucapan balasnya berkata khidmat warga tentera pada waktu rakyat Malaysia merayakan Aidilfitri adalah satu pengorbanan suci yang jujur dan ikhlas.

“Semoga bungkusan yang dikirimkan ini dapat mengubat kerinduan terhadap suasana hari Raya bersama keluarga sekali gus menyemarakkan lagi semangat juang dan rela berkorban demi agama, bangsa dan tanah air tercinta,” katanya mewakili BAKTI yang telah menyumbang kepada ATM sejak 1986. – BERNAMA

Tags: ATMHishammuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd