• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Benar Kahwin Sejenis, Presiden Zimbabwe Nak Lamar Obama

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARARE – Presiden Zimbabwe Robert Mugabe secara berjenaka berkata beliau akan berlepas ke Washington untuk melamar Presiden Barack Obama selepas pemimpin Amerika Syarikat itu mengalu-alukan keputusan Mahkamah Agung membenarkan perkahwinan sesama jenis di semua 50 negeri di negara itu.

Mugabe memperlekehkan keputusan 5-4 mahkamah berkenaan dan mengecam perkahwinan sesama jenis dalam wawancara dengan stesen radio ZBC baru-baru ini, menurut laporan media.

“Kerana Presiden Obama memperjuangkan hak golongan gay dan lesbian, saya akan berlepas ke Washingon untuk melamarnya,” kata Mugabe, 91, seperti yang dipetik oleh laman web berita Turki AWDnews.

Mugabe yang menjadi presiden sejak 1987 berkata, Amerika Syarikat ditadbiroleh mereka yang menyembah syaitan.

“Saya tidak faham bagaimana mereka (gay dan lesbian) boleh melanggar arahan Tuhan yang melarang manusia meliwat,” katanya.

Ini bukan kali pertama pemimpin Zimbabwe itu mengecam golongan berkenaan.

Beliau sebelum ini pernah menyifatkan taraf gay dan lesbian lebih rendah daripada binatang.

Homoseks diharamkan di Zimbabwe dan Mugabe pernah menyelar Obama kerana menyokong hak gay dan lesbian di Afrika. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=OTNOv99ynPo

Tags: Zimbabwe
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Pengajaran Dari Zimbabwe”

19/11/2020
0

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengajak semua pihak mengambil pengajaran daripada negara Zimbabwe, sebuah negara yang mengalami situasi “hyperinflation”...

Tragedi Lombong Emas Zimbabwe, 24 Mayat Ditemui

18/02/2019
0

HARARE - Pekerja penyelamat Zimbabwe menemui 24 mayat dan 8 mangsa terselamat di 2 lombong emas yang dinaiki air, manakala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd