• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajal Pulang Dari Bazar Ramadan

oleh Ahmad Albab
02/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Seorang guru agama di Sekolah Agama Felda Moakil, di sini, maut manakala anak lelakinya cedera parah selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 180, Johor Bahru-Seremban, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Jamaluddin Abdullah, 43, bersama anaknya, Mohd Faqih Helmi, 9, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Bukit Indah, Bukit Siput,

“Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Saga FLX yang dipandu laju oleh seorang lelaki berumur 30-an dari arah Labis-Segamat hilang kawalan selepas mengelak kenderaan di hadapannya sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Kereta itu berpusing sebanyak sekali sebelum melanggar bahagian kanan motosikal yang dinaiki mangsa dan anaknya itu. Akibat pelanggaran itu, mangsa dan anaknya tercampak beberapa meter dari motosikalnya,” katanya.

Menurut Mohd Kamil, mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan, sementara anaknya yang patah kaki kanan dibawa ke Hospital Segamat.

Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan hanya cedera ringan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, isteri mangsa, Mahfuzah Mohamad, 40, ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat berkata, dia yang masih terkejut dengan kejadian tersebut tidak menyangka suaminya sudah meninggal dunia.

“Pada petang sebelum kejadian, dia (suami) ada memberitahu bahawa dia ingin pergi ke Bazar Ramadan Paya Pulai bersama anak bongsu kami untuk membeli juadah berbuka puasa.

“Bagaimanapun, saya reda dengan pemergiannya pada bulan Ramadan ini dan selepas ini saya perlu membesarkan tiga anak saya seorang diri. Saya juga belum buat perancangan sama ada mahu pulang ke kampung di Pagoh atau terus tinggal di sini,” katanya.

Menurutnya, jenazah mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Besar, di sini. – Sinar Harian Online

https://www.youtube.com/watch?v=4_LJEr21LLk

Tags: kemalangan mautramadan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jumlah Kutipan Cukai GST Diketahui Pada Ogos Atau September

Next Post

Video: Gempar Kura-Kura Ganas Mirip Dinosaurus Muncul Di Rusia

Related Posts

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Budak 7 Tahun Mangsa Ketiga Maut Dalam Kemalangan Di LTU

Budak 7 Tahun Mangsa Ketiga Maut Dalam Kemalangan Di LTU

16/06/2025
0

LIPIS: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa ketiga maut akibat kemalangan kereta dan lori di Kilometer 37, Jalan Lingkaran Tengah Utama...

Next Post

Video: Gempar Kura-Kura Ganas Mirip Dinosaurus Muncul Di Rusia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd