• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

A&J Burger Atur Langkah Contohi Jenama Burger Tempatan Lain

oleh Ahmad Albab
19/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bagi peminat burger, jenama A&J Burger mungkin asing dan tidak pernah didengari, namun tidak bagi penduduk sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Tidak seperti jenama Ramly, Azmy, Purnama, Abang Burn Burger Bakar dan Saudi yang mudah didapati di seluruh negara, A&J Burger adalah satu produk keluaran bumiputera yang diusahakan dua anak muda dan memulakan pengenalan produknya di sekitar Sungai Buloh.

Menginspirasi kejayaan jenama burger lain yang menempa nama di pasaran tempatan, pemilik A&J Burger Mohd Johar M. Jaffar, 32, berkata pihaknya senantiasa mencuba kelainan dalam setiap produk ditawarkan agar berbeza daripada burger yang sedia ada di pasaran.

“Sambutan terhadap burger kami setakat ini, Alhamdulillah, amat menggalakkan. Kami juga tidak sangka. Meskipun kami hanya mempromosikan produk melalui Facebook, Twitter dan Instagram, ia mendapat sambutan luar biasa termasuk daripada masyarakat di luar Sungai Buloh yang sudah pun mengetahui dan mencuba produk kami.

“Di samping itu, kami juga sentiasa meningkatkan kualiti produk dan mencontohi kejayaan jenama-jenama burger tempatan lain meluaskan pasaran produknya supaya produk kami juga mampu diterima masyarakat keseluruhannya. Kami kini sedang cuba berusaha ke arah itu,” katanya kepada Bernama di sini.

Bermula pada 2012, selain Mohd Johar, A&J Burger dibangunkan bersama oleh Mansor Kassim, 29, dengan modal sebanyak RM5,000 menerusi sebuah warung statik di pusat penjaja. Perniagaan bermula dari pukul 3 petang hingga 1 pagi.

A&J Burger kini juga boleh berbangga kerana berjaya membuka sebuah lagi cawangan di Johor Bahru, Johor dengan jumlah pekerja terkini seramai 15 orang berbanding dua orang pada 2013.

“Pada awal perniagaan, kami hanya memperoleh pendapatan kasar antara RM300 hingga RM400 sehari. Namun, selepas menghasilkan menu berlainan daripada pasaran dan ditambah dengan promosi aktif, pendapatan kasar kami meningkat kepada kira-kira RM1,500 sehari.

“Kami menjangkakan pendapatan kasar kami mampu meningkat lebih lagi pada penghujung tahun ini di dorong oleh penubuhan cawangan baharu di beberapa negeri lain,” katanya.

Mohd Johar berkata pada masa ini, pihaknya menawarkan 25 produk berbanding pada permulaan perniagaan dengan empat produk sahaja.

“Paling diminati pelanggan ialah produk Burger Bakar RGB, Rasta Monster dan Meatball. Kami juga yakin kekuatan kami dalam perniagaan ini ialah set produk dengan harga yang murah.

“Ada set burger serendah RM8.50 termasuk air dan ada set combo berharga RM11.50 yang mengandungi RGB burger, meetball, cheezy wedges, sup cendawan, garlic bread dan air,” katanya. – BERNAMA

Tags: burger
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelakon Johan Asari Ceriakan Sambutan Raya Di New Delhi

Next Post

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Perlahan Setakat 1 Tengah Hari

Related Posts

“Bukan Salah McD,” Kata Permaisuri Agong

25/10/2019
0

SHAH ALAM - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meminta orang ramai berhenti mengecam sebuah restoran makanan segera...

Burger Maharaja Jepun Berharga RM3,684.73

06/04/2019
0

TOKYO - Sebuah restoran di sini menyediakan sajian hamburger daging wagyu bersaiz sebiji bola sepak dengan harga 100,000 yen (RM3,684.73),...

Next Post

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Perlahan Setakat 1 Tengah Hari

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd