• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

758,362 Premis Diperiksa Sepanjang Ops Catut Fasa 2 – Hasan

oleh Ahmad Albab
24/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebanyak 758,362 premis di seluruh negara diperiksa sepanjang pelaksanaan Ops Catut Fasa 2 dari 1 April hingga semalam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata jumlah keseluruhan kes bagi tempoh tersebut ialah sebanyak 4,994 dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM947,121 manakala keseluruhan nilai kompaun pula RM660,886.

“Di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, sebanyak 1,848 notis telah dikeluarkan terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan bagi tempoh tersebut. Sebanyak 31 kertas siasatan telah dibuka kerana kegagalan peniaga mengemukakan maklumat dan sebanyak 55 kertas siasatan dibuka kerana kesalahan mencatut.

“Bagi jumlah pemeriksaan rentas sempadan/daerah yang bermula 7 April lepas, sebanyak 12,208 pemeriksaan telah dijalankan setakat 24 Julai 2015,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya jika mengikut kesalahan, sebanyak 3,166 kes didapati berkaitan dengan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, 1,742 kes di bawah Akta Timbang & Sukat 1972, 50 kes (Akta Perlindungan Pengguna 1999) dan 36 kes (Akta Perihal Dagangan 2011).

Hasan berkata Ops Catut dijalankan bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan caj bagi perkhidmatan dengan mengambil keuntungan tinggi secara tidak munasabah.

Beliau berkata peniaga yang melanggar undang-undang dan peraturan akan dikenakan denda dan penalti yang berat.

“Anggota penguat kuasa di seluruh negara sentiasa membuat pemeriksaan, pemantauan dan penyiasatan di setiap jenis dan peringkat perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi undang-undang dan peraturan,” katanya.

“Bagi orang perseorangan ialah denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara bagi kesalahan pertama dan RM250,000 atau lima tahun penjara bagi kesalahan kedua dan berikutnya. Manakala bagi pertubuhan perbadanan atau syarikat pula dikenakan denda RM500,000 bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua dan berikutnya,” katanya.

Hasan berkata kementeriannya sedar bahawa harga barang yang tinggi boleh menjejaskan sara hidup rakyat dan sehubungan itu kementerian sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan. – BERNAMA

Tags: Hasan MalekKPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

1MDB: Wang RM100,000 Daripada Hasan Malek Dilucut Hak

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berhubung...

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd