• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

50 Rumah Projek Baiti Jannati TNB Hampir Siap

oleh Ahmad Albab
03/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Pembinaan 50 buah rumah di bawah projek ‘Baiti Jannati’ (Rumah Ku Syurga Ku) di seluruh semenanjung yang dilaksanakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepanjang tahun ini, kini sudah 80 peratus siap.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata pembinaan kesemua rumah itu membabitkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

“Sebanyak 50 buah rumah para penerima yang dibantu menerusi projek Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku ini adalah daripada kalangan orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin di luar bandar.

“Kita bantu bina semula rumah mereka. Di Johor untuk tahun ini hanya sebuah rumah terlibat iaitu di Segamat dan dijangka siap selepas Aidilfitri ini,”

katanya kepada pemberita selepas Program Ihya Ramadan TNB Peringkat Negeri 2015 di Masjid Al-Takwa Parit Nawi, Bukit Mor di sini, malam tadi.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail dan Pengurus Besar TNB Johor, Mohd Yusuf Ibrahim.

Mohd Aminuddin berkata, projek Baiti Jannati itu merupakan agihan semula daripada wang zakat TNB di setiap negeri untuk membantu golongan miskin seperti membaik pulih rumah mereka dengan kos hampir RM20,000 bagi sebuah rumah.

Beliau berkata TNB telah membayar zakat sebanyak RM29.65 juta untuk tahun ini manakala di negeri ini untuk tempoh sama sebanyak RM1.951 juta sudah dibayar.

Menurutnya program CSR lain yang dilaksanakan syarikat pada tahun ini ialah sumbangan wang tunai kepada 650 penerima dan masjid di 12 negeri menerusi program Ihya Ramadan.

Katanya, lebih 50 penerima dipilih menerima sumbangan berkenaan dan setiap masjid terpilih menerima sumbangan RM2,000.

Selain itu Mohd Aminuddin berkata TNB turut menaja sebuah sekolah pintar di daerah ini iaitu Sekolah Kebangsaan Jorak sejak tiga tahun lalu dengan peruntukan RM150,000 yang akan berakhir tahun ini. – BERNAMA

Tags: RumahTNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

Banjir: TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Beberapa Lokasi Di Alor Setar, Sik

01/12/2024
0

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd