• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran Di Kinabatangan

oleh Ahmad Albab
08/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

[DIKEMASKINI] KINABATANGAN – Empat sekeluarga rentung dalam kebakaran memusnahkan dua rumah di Kampung Lot M dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata empat mangsa terdiri dari seorang ibu bersama anak lelaki dan dua cucunya.

Katanya mangsa dikenali sebagai Lidia Binti Ibiti 55, anak lelakinya Sudirman Bin Ladising, 38, dan dua cucunya, Mohd Syawal, 4, anak kepada Sudirman dan Yuyu, 2, anak kepada Dahlia Binti Ladising.

Dahlia, 33, bersama bayi perempuannya berusia dua bulan, adik kepada Yuyu terselamat dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu.

Kesemua mayat mangsa ditemui di dalam sebuah bilik dan kemudian dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk bedah siasat, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

A.Sahak berkata 17 penghuni di sebuah lagi rumah sempat menyelamatkan diri. Dalam pada itu, Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata sebuah jentera bersama 17 anggota diketuai Ketua Operasi Rosemidian Majid dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.58 malam.

Katanya setibanya bomba di tempat kejadian enam minit kemudian, api sudah merebak di dua rumah yang terletak berhampiran.

Katanya operasi memadam api tamat pasa jam 3.10 pagi dan menemui empat mayat yang rentung terbakar dari salah sebuah rumah terlibat.

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, Anuar Badang, 66, bersyukur kerana isteri, tiga anaknya serta 12 cucu terselamat dalam kebakaran itu.

Dia dan keluarga kini tinggal sehelai sepinggang apabila kebakaran itu memusnahkan semua dokumen peribadi serta kelengkapan menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti baju dan biskut raya.

“Kami reda dengan kejadian ini dan menganggapnya sebagai dugaan pada bulan Ramadan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kampung itu hari ini.

Anuar berkata ketika kejadian, dia sedang minum di dapur dan isterinya menyedari kebakaran itu selepas melihat api marak di rumah jiran mereka.

“Kami segera membangunkan anak-anak dan cucu-cucu yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri. Api merebak dengan cepat, kami gagal menyelamatkan apa-apa barang dari rumah,” katanya yang tinggal di kampung itu sejak tahun 1970-an lagi.

Buat masa ini, dia sekeluarga tinggal di khemah sementara yang didirikan di kawasan belakang rumah mereka. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Foto Lelaki Tua Menangis Di Luar Bank Greece Tarik Perhatian Dunia

Next Post

Video: Ikon Bola Sepak Emmanuel Adebayor Peluk Islam

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

Video: Ikon Bola Sepak Emmanuel Adebayor Peluk Islam

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd