• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Pengarah Urusan Bergelar ‘Datuk’ Individu Kedua Ditahan

oleh AK-47
24/07/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pengarah urusan sebuah firma berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berusia 54 tahun ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana syarikat pelaburan kerajaan itu.

Lelaki itu yang bergelar ‘Datuk’ ditahan reman selama lima hari oleh Majistret di sini.

Dia tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi dan proses reman selesai dua jam kemudian.

Beliau merupakan individu kedua ditahan oleh pasukan petugas yang menyiasat isu 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Sazilee Abdul Khairi berkata, suspek ditahan di sebuah pusat beli-belah pada petang Selasa dan dibawa ke ibu pejabat untuk disoal siasat.

Ahmad Sazilee berkata, suspek akan disiasat kerana menerima rasuah di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM.

Pada Selasa, seorang pengarah sebuah syarikat pembinaan yang berpangkalan di Putrajaya ditahan reman selama empat hari selepas dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

Satu pasukan petugas yang terdiri daripada polis, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah ditubuhkan untuk meneliti isu 1MDB.

– MStar Online

Tags: 1MDBreman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

Rex Tan Direman Sehari, Dijangka Bebas 5 Petang Ini – Peguam

17/01/2026
0

Kuala Lumpur: Bekas wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) Rex Tan direman sehari selepas ditahan malam tadi bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd