• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,500 Isi Rumah Di Sabah Dipilih Ujian Siaran DTT

oleh Ahmad Albab
10/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Hampir 1,500 isi rumah di Sabah akan dipilih menjadi peserta ujian penyiaran Televisyen Digital Terestrial (DTT) bermula 27 Julai hingga Disember ini, kata Ketua Pegawai Komersial MYTV, Haniza Ros Nasaruddin.

Beliau berkata kesemua peserta yang terpilih itu berada dalam lingkungan jarak kira-kira 25 kilometer hingga 100 kilometer dari tapak pemancar televisyen berkenaan di Bukit Karatong di sini.

Haniza Ros berkata peserta yang terpilih akan menerima pemasangan dekoder MYTV sementara secara percuma serta menikmati sebanyak tujuh siaran iaitu TV1, TV2, TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan TV AlHijrah dalam bentuk digital untuk fasa pertama.

Beliau berkata dekoder sementara itu akan digantikan dengan dekoder yang baharu apabila fasa siaran ujian penyiaran DTT berakhir pada penghujung tahun ini.

“Semasa fasa ujian ini, MYTV akan membuat pertukaran daripada siaran analog kepada digital yang telah dimulakan sejak April lalu di beberapa kawasan terpilih di Semenanjung seperti di Pahang, Terengganu, serta Kelantan dan Sabah adalah yang pertama di Malaysia Timur (melaksanakan ujian penyiaran),” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, fasa siaran ujian itu adalah untuk melihat keberkesanan liputan digital dari segi kekuatan penerimaan signalnya dan kualiti gambar yang dapat diterima oleh pengguna isi rumah sebelum diperkenalkan secara rasmi pada Januari tahun depan.

Beliau berkata di Sabah, sebanyak tiga kawasan dipilih sebagai stesen pemancar bagi siaran MYTV iaitu Bukit Karatong di Kota Kinabalu, Gunung Andrassy di Tawau dan Bukit Trig di Sandakan.

Haniza Ros berkata, pengguna isi rumah yang layak untuk menerima dekoder secara percuma itu perlu memenuhi beberapa syarat iaitu penerima mestilah seorang warganegara yang tidak melanggan dengan siaran berbayar, berpendapatan rendah dan golongan yang tersenarai sebagai penerima bantuan kerajaan.

Beliau berkata bagi pengguna isi rumah yang tidak tersenarai sebagai penerima bantuan kerajaan, mereka boleh mendapatkan dekoder secara percuma di cawangan yang akan ditetapkan di Sabah selepas MYTV dilancarkan pada tahun depan.

Menurut Haniza Ros selepas pelancaran MYTV, setiap pengguna isi rumah akan menikmati kira-kira 30 saluran rancangan percuma dan pengedaran dekoder bagi kawasan pedalaman adalah mengikut kawasan Pos Malaysia.

“Ini memang agenda kebangsaan dan kami memang menyasarkan 98 peratus isi rumah populasi di Malaysia akan mendapat siaran MYTV,” katanya.

Beliau berkata, keistimewaan MYTV ialah siarannya tidak terganggu akibat perubahan cuaca kerana ia disokong jaringan kabel fiber optik.

Sementara itu, bagi mengatasi masalah kawasan yang mungkin terhalang oleh keadaan berbukit, pemancar-pemancar berkuasa rendah yang dikenali sebagai ‘gap fillers’ akan dipasang untuk menerima signal dari pemancar utama untuk disalurkan kepada setiap pengguna isi rumah. – BERNAMA

Tags: MYTVSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd