• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

116 Kematian Dicatat 5 Hari Op Selamat

oleh Ahmad Albab
15/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,274 kes kemalangan dan 116 kematian dicatatkan dalam tempoh lima hari Op Selamat 7/2015 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata daripada jumlah itu, 47 kematian dicatatkan di jalan persekutuan, disusuli jalan-jalan negeri (26), lebuh raya (18), jalan bandaran (13) dan jalan-jalan lain (12).

Johor dan Selangor antara negeri merekodkan jumlah kematian tertinggi, masing-masing 20 dan 17, katanya pada sidang media Kempen Balik Kampung Op Selamat 7/2015 di Plaza Tol Gombak di sini hari ini.

“Penunggang dan pembonceng motosikal masih merupakan kematian tertinggi dengan 69 kes atau 59 peratus diikuti motokar dengan 25 kes atau 21 peratus,” katanya.

Khalid berkata sehingga semalam, 301 saman dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan manakala 1,880 saman lagi ke atas pemandu yang memotong barisan.

Mengulas lanjut, Khalid berkata angka kemalangan dan kematian bagi tempoh berkenaan adalah jauh lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas, iaitu 7,153 kes dan 86 kematian.

Beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai amat membimbangkan.

“Saya minta Cawangan Trafik meningkatkan kawalan dan penguatkuasaan di kawasan ‘black spots’ di mana kemalangan kerap terjadi,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Hari Rayakemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd