• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Tangkis Ancaman Siber Sentiasa Dipertingkat

oleh Ahmad Albab
29/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha berterusan bagi menangkis pelbagai ancaman dan serangan siber sentiasa dipertingkat dengan mengukuhkan kesiapsiagaan Prasarana Maklumat Kritikal Negara (CNII), persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, Dasar Keselamatan Siber Negara telah digubal untuk memperkasakan keselamatan infrastruktur CNII yang memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kestabilan negara.

“Persekitaran siber yang selamat akan merancakkan lagi aktiviti perniagaan serta boleh menarik pelaburan ke Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman.

Jamilah meminta kerajaan menyatakan sejauh mana CNII berupaya menangkis serangan siber bagi melindungi maklumat penting negara.

Katanya, CyberSecurity Malaysia juga sentiasa bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan CNII untuk menangani insiden serangan siber.

“Kerajaan juga telah mengeluarkan Arahan MKN 24 iaitu Mekanisme Pengurusan Krisis Siber Negara bertujuan untuk mengurus krisis siber meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas insiden.

“Ia juga bertujuan mencapai satu pendekatan seragam dan proaktif bagi memantau dan menangani ancaman siber secara berkesan dan menetapkan garis panduan untuk agensi kritikal membuat persiapan daripada pelbagai aspek dalam menghadapi sebarang ancaman dan serangan siber,” kata Abu Bakar.

Katanya, Arahan MKN 24 disokong oleh Peraturan Tetap Operasi yang memperincikan setiap proses utama, carta aliran pengendalian insiden dan langkah yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak terlibat dalam pengurusan krisis siber negara.

Sementara itu, Abu Bakar memberitahu kementerian menerusi CyberSecurity juga telah membangun dan sedang meningkatkan keupayaan Pusat Penyelidikan Malware yang dikendalikan pakar malware.

Beliau berkata pusat itu mengumpul dan menganalisis pelbagai malware yang masuk ke negara ini agar satu sistem penyelesaian yang efektif dapat dihasilkan untuk menangani isu malware di negara ini. – BERNAMA

 

Tags: Jenayahsiber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang Gergaji, Parang

17/11/2021
0

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd