• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tujuh Pelancong Berbogel Di Gunung Kinabalu Akan Didakwa

oleh AK-47
09/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUJUH pelancong asing yang berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini akan didakwa di mahkamah kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh penduduk tempatan di sana.

tengku
Datuk Seri Dr Tengku Zainal Adlin Tengku Mahmood

Menurut Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah Datuk Seri Dr Tengku Zainal Adlin Tengku Mahmood, pelancong-pelancong terbabit kini berada di bawah tahanan polis dan mereka bakal dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi kepastian sama ada pelancong-pelancong itu akan didakwa sama ada mahkamah di Kota Kinabalu atau pun di Kundasang.

Pelancong Asing Bogel Di Puncak Kinabalu, Maki Malim Gunung

Sebanyak 13 kematian direkodkan ekoran kejadian gempa bumi yang melanda Gunung Kinabalu, Jumaat lalu sementara enam pendaki masih lagi dilaporkan hilang.

Kebanyakan masyarakat Kadazan Dusun yang ditemui pihak media percaya kejadian gempa itu adalah disebabkan perbuatan biadap dan tak senonoh pelancong asing yang berbogel dan membuang air merata-rata sehingga menyebabkan ‘semangat’ gunung itu marah dengan insiden tersebut.

Gunung itu digelar Akinabalu oleh penduduk tempatan yang bermaksud sebagai kawasan persemadian bagi mereka yang sudah meninggal dunia.

“Kadazan Dusun sudah lama menganggap gunung ini sebagai suci dan mempunyai semangatnya yang sendiri.

“Mereka sehingga ke hari ini masih lagi percaya gunung ini suci dan setiap hujung tahun mereka mengadakan ritual kepercayaan untuk mendapat keizinan bagi mendaki gunung itu untuk tahun seterusnya.

“Mereka (pelancong asing) tidak menghormati kepercayaan penduduk setempat. Ianya sangat wajar mereka dikenakan hukuman di atas kesalahan tidak menghormati dan melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat di sini,” katanya.

Walaupun beragama Islam, Zainal percaya dengan ‘semangat’ yang ada di Gunung Kinabalu memandangkan beliau juga mempunyai pengalaman tersendiri dengan gunung paling tertinggi di Asia Tenggara itu.

Ritual kepercayaan yang diadakan pada saban tahun itu melibatkan tujuh ayam kampung disembelih termasuk tujuh helai daun kaduk dan kapur dipersembahkan kepada ‘semangat’ tersebut.

Menurut Zainal, nombor tujuh merupakan nombor yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam kepercayaan agama di masyarakat Kadazan Dusun lama. – MYNEWSHUB.CC

Pendaki bogel cemari Gunung Kinabalu

https://www.youtube.com/watch?v=kdOK62LN15o

Tags: Gempa SabahGunung Kinabalu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gegaran Kuat Ketika Taklimat Kepada Muhyiddin

Next Post

Gempa Sabah: Mayat Warga S’pura Telah Dikenal Pasti Waris

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Suhu Bawah Paras Beku Di Puncak Kinabalu

Suhu Bawah Paras Beku Di Puncak Kinabalu

08/04/2023
0

KOTA KINABALU: Kawasan puncak Gunung Kinabalu dilaporkan mencatat suhu di bawah paras beku dengan bacaan antara negatif tiga hingga negatif...

Next Post

Gempa Sabah: Mayat Warga S'pura Telah Dikenal Pasti Waris

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd