• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Asas Untuk Tutup BTN – Razali

oleh Ahmad Albab
20/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Desakan DAP yang mahukan Biro Tatanegara (BTN) dimansuhkan adalah sesuatu yang tidak berasas dan membuktikan parti itu takut kepada kebenaran, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata selama ini BTN berperanan dan berjaya membentuk jati diri rakyat untuk lebih berjiwa patriotisme dan sebab itu pembangkang terutama DAP khuatir rakyat tidak akan menyokong mereka.

“Apa asas yang DAP mendakwa BTN ini rasis atau bersikap perkauman. Apakah menceritakan keadaan sebenar (pencerobohan kumpulan bersenjata) di Lahad Datu (Sabah) itu adalah rasis?

“Apakah menerangkan mengenai Raja Berperlembagaan itu juga rasis? Saya tidak nampak BTN ini telah melanggar peraturan,” katanya kepada pemberita selepas melawat bangunan baharu UMNO Muar di sini, hari ini.

Semalam Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan yang dipetik oleh beberapa portal propembangkang mendesak agar BTN dihapuskan kerana rasis dan antinasional.

Lim mendakwa kerajaan persekutuan sudah membazirkan RM1.1 bilion yang sepatutnya digunakan untuk menyuburkan patriotisme, perpaduan antara kaum dan persefahaman antara agama.

“BTN patut dimansuhkan kerana berperwatakan rasis dan antinasional menyebabkan pembaziran dana awam,” kata Lim dalam kenyataan itu.

Razali yang juga Anggota Parlimen Muar berkata sewajarnya mereka memberikan cadangan untuk diperbaiki dan bukannya menggesa untuk dimansuhkan jika ada sesuatu yang dirasakan tidak betul pada pandangan mereka.

“Kita sepatutnya memperbaiki bukan menghapuskan. Kita mahu tahu apa masalah BTN ini kepada mereka sebenarnya. Saya tidak nampak kalau BTN ini dihapuskan ia boleh menjadi semuanya baik seperti langkah kita memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

“Mereka ini diibarat seperti `marahkan nyamuk kelambu dibakar’. Semuanya mahu mengikut kata mereka yang tidak memberikan sebarang keuntungan dan kebaikan buat negara,” katanya.

Beliau berkata DAP sebenarnya marah kerana melalui BTN, rakyat mengetahui segala-galanya keadaan sebenar apa yang berlaku dalam negara dan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab untuk merosakkan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama. – BERNAMA

Tags: BTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanpa BTN, Tun M Dah Lama Tumbang!

18/08/2018
0

JASA... Selama 37 tahun diwujudkan, nama Biro Tata Negara (BTN) cukup digeruni pihak Pakatan Harapan (PH) yang sebelum itu pembangkang...

Khairy Akui Program BTN Ada Unsur Indoktrinasi

13/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini mengakui program Biro Tatanegara (BTN) yang diperkenalkan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd