• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Selindung! Dewan Ulamak PAS Buat ‘Chai’ Calon Wajar Menang

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengejutkan ramai pihak khususnya ahli PAS sendiri setelah bertindak mengeluarkan satu ‘chai’ atau senarai calon yang wajar dipilih pada Muktamar PAS ke-61, kali ini.

Menerusi status di laman Facebook rasminya hari ini, Dewan Ulamak melampirkan ‘chai’ pilihan bagi jawatan tertinggi parti iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden selain dari 18 nama sebagai AJK PAS Pusat.

Jika Tidak Ada Maslahah, Faham-Faham Sajalah… – Haron Din

10291354_10152820208712312_7477342373224249225_n

Secara majoritinya, cadangan bagi calon pilihan untuk jawatan tertinggi parti dikuasai oleh golongan pro ulamak yang mana Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan menduduki kerusi sama.

Selain itu, bagi jawatan Timbalan Presiden, nama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man diseru sebagai individu sesuai, lantas mengetepikan nama seorang lain calon, Mat Sabu.

Semua tahu, Mat Sabu merupakan individu yang dilihat tidak sebulu dengan golongan konservatif PAS dan lebih memihak kepada puak Pakatan Rakyat.

Untitled (1)

Seterusnya, bagi jawatan Naib Presiden parti pula, tiga nama calon yang dicadangkan adalah Ustaz Idris Ahmad, Dato Mohd Amar Abdullah dan Dato Iskandar Abd Samad.

Ia sekaligus menolak tiga lagi calon lain iaitu iaitu Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar yang dikatakan menyokong ‘kem’ Ustaz Ahmad Awang dan Mat Sabu.

Untitled (1)

Sementara itu, dalam ‘chai’ bagi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Ulamak dikatakan meletakkan calon-calon dari golongan profesional.

Justeru, ada andaian mengatakan, golongan ulama ingin menguasai sepenuhnya jawatan tertinggi PAS. Betul ke?

Dalam pada itu, perebutan jawatan dalam dua sayap PAS iaitu Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dikatakan turut sengit.

Hadi_Mat_Sabu_MUKTAMAR_PAS_60TH_190914_TMINAZIRSUFARI_33

Muktamar kali ini pastinya bakal mencipta lebih banyak kejutan, lebih-lebih lagi setelah kedudukan Presiden yang tidak pernah dicabar selama 13 tahun penguasaan Abdul Hadi, akan cuba digugat oleh Ahmad Awang.

Bukan itu sahaja, Muktamar PAS kali ini turut menjadi titik tolak kelangsungan gabungan Pakatan Rakyat setelah pergolakkan berlaku antara parti itu dan DAP sejak sekian lama.

Ada ura-ura juga mengatakan, DAP hanya menunggu keputusan Muktamar kali ini sebelum mengumumkan penarikan diri dari PR andai kemenangan berpihak kepada Abdul Hadi.

Kita tunggu dan lihat sahaja siapa yang akan menjuarai pemilihan kali ini, dan apakah hayat PAS sebagai sebuah parti politik Islam akan kekal unggul ataupun…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Ucaptama Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat

https://www.youtube.com/watch?v=iR5cFVXMkuI

Tags: Mat SabuMuktamar PASPASTuan Ibrahim Tuan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

Timbalan Presiden PAS Nafi Jawatan Pengerusi PN Dimansuhkan

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menafikan dakwaan partinya dan BERSATU bersetuju untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd