• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabung Bantu Mangsa Gempa Sabah Mula Ditubuh

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU – Beberapa pihak mula tampil dan menubuhkan tabung bagi membantu mangsa yang terjejas akibat kejadian gempa bumi yang melanda Ranau serta daerah lain di Sabah pada Jumaat lepas.

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah hari ini melancarkan ‘Tabung Bencana Gempa Bumi Gunung Kinabalu: Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS)’ khusus bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada malim gunung dan porter yang terjejas.

Menterinya Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata pihaknya akan bertemu dengan pengurusan Taman-Taman Sabah bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai mereka yang terbabit untuk memudahkan pengagihan dana.

“Kami amat prihatin terhadap apa yang mereka alami dan kami akan berusaha membantu menyalurkan bantuan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan tabung itu di Pusat Gerakan Operasi Taman Kinabalu di sini hari ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Alliance Bank 101960010086060 atau terus menghubungi MPMS di talian 088-221194.

Tiga belas individu disahkan terkorban setakat ini akibat gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau pada 7.15 pagi Jumaat.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun mengumumkan Gunung Kinabalu ditutup selama tiga minggu mulai semalam kerana laluan pendakian ke puncak gunung terjejas teruk dan berbahaya buat pendaki.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu Richar Soibi berkata 250 malim gunung dan 50 ‘porter’ yang berdaftar di bawah persatuan itu menyuarakan kebimbangan berdepan masalah kewangan sebaik mendengar berita penutupan aktiviti pendakian Gunung Kinabalu semalam.

“Memang punca pendapatan kami agak terjejas, sebab aktiviti pendakian gunung ditutup untuk sementara waktu dan ini adalah punca pendapatan kami.

“Kebiasaannya pendapatan bulanan bagi malim gunung kira-kira RM800 sebulan manakala porter boleh mencecah kira-kira RM600 sebulan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Justeru, katanya, kebanyakan malim gunung kini berusaha mencari pekerjaan sementara.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 8005609923 (Persatuan Malim Gunung Kinabalu).

Sementara itu, Badan Perhubungan Wanita Barisan Nasional (BN) Sabah pula menubuhkan ‘Tabung Bencana Gempa Bumi: Wanita BN Sabah’ untuk membantu mangsa yang cedera dan keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat bencana itu.

Menurut Ketua Badan Perhubungan Wanita BN Sabah Datuk Armani Mahiruddin setakat ini, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberi sumbangan sebanyak RM20,000 sebagai permulaan dana itu.

Orang ramai juga boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB Badan Perhubungan Wanita UMNO Sabah 10020010208058. – BERNAMA

Tags: Gempa Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau Pagi Ini – Jabatan Meteorologi

30/12/2015
0

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah melanda daerah Ranau di Sabah dengan kekuatan 3.2 pada skala Richter pada pukul...

Penjawat Awam Mangsa Gempa Bumi Boleh Buat Tuntutan Insurans

03/07/2015
0

KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang menjadi mangsa gempa bumi di Sabah baru-baru ini, dinasihatkan mengemukakan tuntutan insurans bencana alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd