• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Kecewakan Malaysia Pada Final

oleh Ahmad Albab
07/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapura terpaksa bekerja keras untuk mengecewakan Malaysia untuk memenangi pingat emas pada perlawanan akhir bola jaring pada temasya Sukan SEA ke-28 di sini, hari ini.

Biarpun tampil dengan sokongan padu penyokong tempatan yang memenuhi Dewan 1 OCBC Arena, skuad tuan rumah itu didapati tidak mudah untuk mengatasi pasukan bimbingan Aminah Asaari dengan 46-43.

“Kami datang ke sini untuk menang pingat emas. Rasa sedikit terkilan sebab tidak dapat pingat emas. Apa yang boleh saya katakan, mereka (Singapura) tidak menang mudah,” kata ketua pasukan Malaysia, Yap Suo Kuen.

Menurut beliau, skuad bola jaring negara sememangnya sudah menjangkakan perlawanan yang sengit.

“Walaupun dari segi ranking, mereka lebih baik tetapi kami berjaya mengelak daripada kalah teruk,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

Singapura menghuni ranking ke-17 dunia sementara Malaysia di tangga ke-23.

Pemain negara bermula saingan dengan apabila meraih dua mata awal dan sebelum tamat suku pertama Singapura berjaya memintas dengan satu jaringan untuk 11-10 dan bersambung suku kedua, Singapura menambah 14 jaringan untuk mengatasi Malaysia dengan 25-20.

Selepas rehat, kedua-dua pasukan masing-masing menambah 11 jaringan, bagaimanapun Malaysia ketinggalan masih lima mata di belakang pasukan lawan.

Malaysia menggandakan asakan pada suku terakhir dan pada suatu ketika mereka berjaya mengikat kedudukan 39-39, namun akibat banyak melakukan kesilapan telah memakan diri.

Mereka terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 43-46, sementara pingat gangsa menjadi milik Thailand dan Brunei. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd