• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shahrir Tolak Dakwaan Palanivel Mahu Sertai DAP

oleh Ahmad Albab
27/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyangkal dakwaan bahawa baru-baru ini bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dikatakan mahu menyertai parti DAP.

“Saya tidak percaya dengan cerita kalau kecewa, nak masuk DAP lah, masuk PKR lah, PAS dan sebagainya, semua itu tidak betul. Itu semua saya ingat warna-warni dalam pergolakan politik,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis Kacau Dodol Perdana, di sini petang semalam.

Shahrir, yang juga anggota Parlimen Johor Baharu berkata perkara itu hanya spekulasi yang tidak patut diada-adakan dan pihak yang ingin menyelesaikan masalah tersebut harus bertenang.

“Kita nak selesaikan kebuntuan masalah MIC kena ada ketenangan, kebijaksanaan serta kewarasan,” kata beliau.

Shahrir berkata sekiranya masalah itu diselesaikan dengan gelojoh, maka akan merumitkan keadaan, tambahan lagi sekiranya ada pihak yang mengapi-apikan, ia akan membawa kepada masalah yang lebih serius.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya Palanivel dikatakan ingin menyertai DAP setelah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu hilang keanggotaannya dalam MIC.

Sementara itu, bagi program Kacau Dodol Perdana, Shahrir berkata program yang dianjurkan oleh UMNO Johor Baharu itu memberi peluang kepada masyarakat merasai sendiri pengalaman membuat dodol.

Beliau berkata pembuatan dodol yang memerlukan pelaburan masa, tumpuan dan fokus itu, akan turut dijadikan aktiviti tahunan bagi memeriahkan bulan Ramadan sekali gus menghidupkan kembali tradisi di kampung.

Bagi program kali ini, sebanyak 13 kumpulan akan menghasilkan sejumlah 300 kilogram dodol dan bakal mengagihkan 600 bungkus dodol seberat setengah kilogram setiap satu kepada orang ramai nanti. – BERNAMA

Tags: G.Palanivel
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amy Search Dalam Diam Buka Sekolah Tahfiz

Next Post

VIDEO: Menakutkan.. Penumpang Terakam Pesawat Disambar Kilat

Related Posts

Palani, Kenapa Tak Buat Apa-apa Semasa Jadi Menteri – Wan Junaidi

29/05/2016
0

LANGKAWI - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menempelak Datuk Seri...

Palanivel Pohon Maaf Kepada Saravanan, Kes Saman Fitnah Selesai

28/04/2016
0

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan terhadap Datuk Seri G.Palanivel selesai secara baik,...

Next Post

VIDEO: Menakutkan.. Penumpang Terakam Pesawat Disambar Kilat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd