• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Maafkan Mereka” – Suhaizan Kaiat

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang disingkirkan daripada jawatan itu dalam pemilihan PAS 2015 baru-baru ini mengakui dirinya dihina dan dicaci dengan begitu teruk oleh ramai ahli-ahli PAS.

Katanya, beliau bagaimanapun memaafkan semua ahli PAS terbabit dan berdoa agar semua perbuatan mereka diampunkan Allah S.W.T kerana yang lebih penting baginya adalah kemenangan Islam

“Semalam ada sahabat bertanya saya, apa perasaan dihina, dicaci, dikeji, dilabel dan macam-macam lagi selama ini. Saya jawab saya maafkan semua mereka.

“Sesetengahnya masuk PAS untuk mencari redha dan syurga Allah S.W.T. Saya tidak mahu menjadi penghalang kepada mereka jadi saya maafkan dan saya sering berdoa agar semua mereka diampunkan. Kita sama-sama bergerak untuk Islam,” katanya melalui entri Facebook beliau hari ini.

Suhaizan yang berasal dari Johor dan dikecam ramai ahli PAS kerana dilebih cenderung untuk mengekalkan kerjasama PAS dalam pakatan rakyat ditewaskan oleh calon pro-ulama dari Kelantan, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Mengulas lanjut cacian dilemparkan ahli PAS terbabit, katanya, beliau tidak kisah dipandang hina oleh manusia kerana yang lebih penting bagi dirinya adalah terus istiqamah dengan prinsip masa hadapan adalah milik Islam.

Beliau menafikan dakwaan ahli PAS terbabit kononnya beliau kuda tunggangan DAP sebagai alasan untuk menyingkirkannya daripada jawatan Ketua Pemuda PAS kerana padanya beliau hanya menjadi kuda tunggangan untuk Islam.

Jelasnya, beliau bergaul baik dengan bukan Islam selama ini kerana berazam supaya mereka yang belum Islam itu akan memilih untuk mengenal Islam melalui perjuangan PAS.

“Sebab itu saya tidak akan berhenti untuk bergaul secara baik dengan mereka,” tegasnya. – mynewshub.cc

 

Tags: Muktamar PASSuhaizan Kayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Permain Hukum Agama – Suhaizan

Jangan Permain Hukum Agama – Suhaizan

03/09/2023
0

JOHOR BAHRU: “Saya tiada masalah, tetapi dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) seolah-olah mempermainkan hukum agama.” Demikian komen calon Pakatan Harapan...

PAS Siap Sedia Hadapi PRU15 Lebih Awal

21/06/2019
0

KUANTAN - Seluruh organisasi PAS digesa mengatur persiapan untuk menghadapi kemungkinan PRU15 diadakan lebih awal daripada tempoh lima tahun. Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd