• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Robbi Sapinggi, Wira Yang Terkorban Dalam Gempa Sabah

oleh AK-47
09/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALIM GUNUNG, Robbi Sapinggi yang terkorban dalam gempa bumi Gunung Kinabalu merupakan seorang Malim Gunung yang menjadi pilihan ramai pendaki dari dalam dan luar negara.

Dia yang mengambil tugas menjadi pemandu arah telah menghembuskan nafas terakhir akibat dihempap runtuhan batu susulan gempa bumi yang berukuran 6.0 pada skala richter yang berpusat 16km dari barat laut Ranau.

Memetik Borneo Post, Robbi merupakan seorang Malim Gunung yang disanjung tinggi oleh pendaki-pendaki kerana sifatnya yang sangat mengambil berat tentang keselamatan dan keperluan pendaki yang menggunakan khidmatnya.

Dia boleh dianggap wira kerana semasa kejadian, Robbi sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan pendaki lain walaupun terkena runtuhan batu menyebabkan dia kehilangan banyak darah kerana cedera di bahagian kepala.

Di Facebook Amazing Borneo pula, walaupun dalam keadaan cedera selepas terkena batu, Robbi tetap mengutamakan pendaki yang menggunakan khidmatnya.

robbi

Dia menggesa pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya untuk terus berjalan meninggalkannya demi keselamatan mereka. Dia memilih untuk tidak meneruskan perjalanan bersama pendaki lain kerana tidak mahu menyulitkan perjalanan mereka kerana dia cedera.

Namun malangnya semasa dia menunggu bantuan tiba, Robbi telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat terlalu banyak kehilangan darah.

Menurut laman berkenaan, beliau adalah merupakan seorang Malim Gunung yang sentiasa menjadi pilihan pendaki selain ramai pendaki memuji khidmat cemerlangnya dalam menjalankan tugas.

robbi6

Nampaknya dialah wira sebenar di mana Robbi benar-benar menjaga keselesaan dan keselamatan pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Kami dari Mynewshub mengucap sekalung takziah buat keluarga mendiang dan kepada mangsa-mangsa tragedi gempa bumi di Sabah.

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Tags: Gempa SabahGunung Kinabalu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tabung Bantu Mangsa Gempa Sabah Mula Ditubuh

Next Post

Gegaran Kuat Ketika Taklimat Kepada Muhyiddin

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Suhu Bawah Paras Beku Di Puncak Kinabalu

Suhu Bawah Paras Beku Di Puncak Kinabalu

08/04/2023
0

KOTA KINABALU: Kawasan puncak Gunung Kinabalu dilaporkan mencatat suhu di bawah paras beku dengan bacaan antara negatif tiga hingga negatif...

Next Post

Gegaran Kuat Ketika Taklimat Kepada Muhyiddin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd