• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Cedera Dikerkah Beruk

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – “Tiba-tiba seekor beruk keluar dari kawasan semak dan terus terkam serta menggigit jari kaki saya. Saya terpaksa bergelut dengan beruk itu selama dua minit sambil meronta-ronta dan menjerit meminta tolong.

“Ketika itu apa saya ingat hanyalah saya akan mati. Tapi mujur ada orang datang tolong saya,” kata Muhamad Redzuan Saidon, 13, yang menjadi mangsa serangan beruk di Kampung Batin, Mergong dekat sini semalam.

Dia diselamatkan orang yang kebetulan melalui kawasan itu yang membaling batu kepada haiwan tersebut dan menyebabkannya melarikan diri.

Dalam kejadian pukul 3.15 petang itu, Muhamad Redzuan sedang menghantar adiknya Siti Nor Bahiyah, 8, untuk mengaji al-Quran di Kampung Batin yang terletak berdekatan kampung mereka iaitu Kampung Hutan Bentut.

Ibu mangsa Rosliza Jaafar, 42, yang sungguh sedih dengan kejadian itu berkata dia sedang makan tengah hari apabila anaknya Siti Nor Bahiyah tiba-tiba pulang ke rumah dalam keadaan menangis dan memberitahu abangnya diserang beruk.

“Selepas diberitahu apa yang berlaku, saya terus bergegas ke tempat kejadian dan kemudiannya membawa Muhamad Redzuan ke klinik. Saya juga membuat laporan polis mengenai kejadian itu,” katanya.

Muhamad Redzuan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menerima rawatan lanjut.

Beruk itu dilapor telah ditangkap pihak Jabatan Pertahanan Awam. – BERNAMA

 

Tags: haiwanremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd