• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qari Iran, Qariah Indonesia Johan Tilawah Al-Quran

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Qari dari Iran, Mohsen Hassani Kargar dan Qariah dari Indonesia, Asrina Asril Buyong dinobat johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-57 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, malam tadi.

Mereka masing-masing menerima hadiah jongkong emas bernilai RM70,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), piala iringan serta wang tunai RM40,000.

Mohsen yang kali pertama menyertai pertandingan itu memperoleh markah 91.8 peratus, manakala Asrina mendapat 91.6 peratus.

Naib johan qari dimenangi Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dari Malaysia dengan markah 91.4 peratus dan tempat ketiga, Numan Makasugat Pimbayaba dari Filipina dengan markah 91 peratus.

Qariah dari Filipina Rahima Panondionga Amerol mendapat tempat kedua dengan markah 88.4 peratus, manakala qariah Malaysia, Siti Husnaa Hassan mengumpul 87 peratus.

Hadiah-hadiah disampaikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu bagi kategori hafazan yang diperkenalkan mulai tahun lepas, peserta Qatar, Abdul Aziz Abdullah Ali Al-Hamri dinobatkan sebagai johan hafiz dengan markah 97.6 peratus manakala peserta negara, Farihah Zulkifli menjuarai kategori hafizah dengan markah 89.5 peratus.

Mereka masing-masing menerima jongkong emas bernilai RM20,000 sumbangan YaPEIM, wang tunai RM20,000, cenderamata dan piala iringan.

Naib johan hafiz diraih Othman Yasef Jazaa Fahad Al-Shalan dari Kuwait (96 peratus), manakala tempat ketiga Aboulhassen Yahia dari Tunisia (92.8 peratus).

Tempat kedua kategori hafizah disandang Raghiye Beyah dari Mauritania (ulang: Mauritania) dengan markah 89.4 peratus, manakala peserta Tunisia, Mariem Makhlouf meraih tempat ketiga (88.3 peratus).

Mohsen, 26, yang ditemui selepas penyampaian hadiah berkata, Malaysia adalah satu-satunya negara yang terbaik menganjurkan tilawah itu.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan hadiah kepada johan tilawah kategori Qariah, Asrina Asril Buyong dari Indonesia pada penutupan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-57 di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi. - Foto BERNAMA
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan hadiah kepada johan tilawah kategori Qariah, Asrina Asril Buyong dari Indonesia pada penutupan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-57 di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi. – Foto BERNAMA

Bagi Asrina, 35, pegawai di pejabat Kementerian Agama di Indonesia, menyifatkan kemenangan itu sebagai anugerah tidak terkira dari Allah atas minatnya yang mendalam terhadap Al-Quran.

Sementara itu Farihah, 20, yang juga pelajar semester lima Diploma Pengajian al-Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, menyifatkan kemenangannya itu sebagai rezeki untuknya meskipun menerima saingan sengit dari ramai peserta.

Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 9 Jun lepas berkenan merasmikan majlis itu bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi’ yang disertai 70 peserta dari 56 negara iaitu 38 bagi kategori tilawah dan 32 bagi hafazan.

Kesemua peserta dinilai 15 hakim profesional antaranya dari Mesir, Arab Saudi, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand. – BERNAMA

Tags: Tilawah Al-Quran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wan Ainuddin Hilmi Meninggal Dunia

20/10/2021
0

KOTA BHARU: Johan qari tilawah dan menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa ke-58 pada 2016, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah meninggal dunia pada...

Qari Kelantan, Qariah Perak Johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan

22/02/2020
0

KOTA KINABALU - Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid masing-masing dinobatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd