• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek PPA1M Kinarut Dilancarkan Hari Ini

oleh Ahmad Albab
27/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini melancarkan Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) Puncak Gloxinia Kinarut Selatan membabitkan pembinaan 1,296 unit kediaman.

Beliau berkata objektif projek itu adalah bagi menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada penjawat awam dengan kumpulan sasar yang tergolong dalam kategori pendapatan bulanan di bawah RM10,000.

“Projek ini untuk membantu rakyat khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah berkualiti di lokasi strategik dengan harga berpatutan dan lebih rendah daripada harga pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis pelancaran projek PPA1M dan majlis menandatangani perjanjian antara PR1MA, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) serta syarikat Visa Land Sdn Bhd, di sini.

Sementara itu, Ali ketika ditemui pemberita selepas pelancaran projek itu berkata projek tersebut dibangunkan di atas tanah milik Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar dengan keluasan 6.68 hektar dan pemaju projek itu adalah syarikat Landmark Property Sdn Bhd.

“Kediaman PPA1M yang berkeluasan 1,000 kaki persegi dijual kepada penjawat awam dengan harga bermula RM227,000 seunit dan projek dijangka siap dalam tempoh 36 bulan,” katanya.

Ali berkata setakat ini, 648 unit kediaman melibatkan tiga daripada enam blok apartmen yang bakal dibina di Kinarut itu sudahpun ditempah walaupun baru dibuka untuk penjualan.

Beliau berkata penjawat awam yang membeli rumah itu tidak dibenarkan untuk menjual rumah berkenaan dalam tempoh 10 tahun bertujuan menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam.

“Kalau mereka jual sebelum tempoh, mereka perlu bayar balik kompenan subsidi dan ada penalti akan dikenakan sekiranya dijual, tapi itu kita akan buat perkiraan khas dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu, Ali berkata beberapa tapak untuk pembangunan PPA1M fasa seterusnya di Sabah telah dikenal pasti di Tawau, Tuaran dan Sandakan.

Sebelum ini, beliau dipetik sebagai berkata sejumlah 5,000 unit rumah di bawah projek PPA1M akan dibina di Sabah pada tahun ini khusus bagi memenuhi keperluan perumahan untuk penjawat awam di negeri ini.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan turut menyasarkan pembangunan 20,000 unit rumah skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di seluruh Sabah.

Katanya projek PR1MA di Kinarut merupakan satu dari beberapa kawasan yang dikenal pasti kesesuaiannya untuk pembangunan perumahan itu di serata Sabah termasuk di Tawau, Sandakan, Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Papar dan Beaufort.

“Di Kinarut, sebanyak 502 unit apartmen akan dibina daripada 8,683 unit rumah pelbagai jenis yang telahpun diluluskan untuk penduduk Sabah,” katanya.

Ali berkata bagi menjayakan projek PPA1M mahupun PR1MA, kerajaan negeri diminta memainkan peranan sewajarnya dengan memberi perhatian kepada aspek kesesuaian lokasi projek, perancangan kerajaan negeri bagi kawasan yang akan dimajukan serta aspek permintaan atau prospek pembeli dalam kalangan penjawat awam. – BERNAMA

Tags: Ali Hamsa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-Kanak Lima Tahun Didera Ibu Tiri

Next Post

Bekalan Makanan Cukup Untuk Sambutan Aidilfitri

Related Posts

Allahyarham Ali Hamsa Diberi Penghormatan Terakhir

25/04/2022
0

PUTRAJAYA : Lebih 500 orang hadir ke Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bagi...

Jenazah Allahyarham Ali Hamsa Dibawa Pulang Isnin Ini

23/04/2022
0

PUTRAJAYA : Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia bagi penghormatan terakhir dan dikebumikan di...

Next Post

Bekalan Makanan Cukup Untuk Sambutan Aidilfitri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd