• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Jejak Lima Lagi Individu Bogel Di Gunung Kinabalu

oleh Ahmad Albab
13/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

‎KOTA KINABALU – Pihak polis sedang menjejaki lima lagi pelancong asing yang disyaki berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah mendapatkan maklumat lanjut mengenai mereka daripada empat suspek yang direman semalam.

“Daripada gambar yang diterima, ada 10 individu tetapi hanya nama lima orang yang dikenal pasti dan yang lain-lain kita akan cuba dapatkan daripada suspek yang ditahan,” katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontingen Sabah di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Imigresen akan berusaha mengenal pasti identiti pelancong berkenaan, namun sehingga kini belum ada maklumat diterima.

Beliau berkata, pihaknya sukar mengenal pasti identiti pelancong itu kerana mereka tidak meletakkan nama sebenar dan negara asal dalam buku daftar pendaki.

Semalam empat warga asing termasuk dua wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurut Jalaluddin, mereka merupakan pasangan adik-beradik warga Kanada dan seorang lelaki warga Belanda yang menyerah diri di Balai Polis Karamunsing pada Selasa.

Seorang lagi suspek merupakan wanita warga British yang ditahan di Lapangan Terbang Tawau pada Selasa ketika hendak berlepas ke Kuala Lumpur. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=cfG1LkrHw4A

Tags: Gunung KinabaluPelancong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JKM Beri Kaunseling Kepada 56 Mangsa Gempa Sabah – Rohani

Next Post

‘Saya Antara Orang Paling Gembira Bila Ringgit Jatuh’ – Nazri Aziz

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

Next Post

'Saya Antara Orang Paling Gembira Bila Ringgit Jatuh' - Nazri Aziz

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd