• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Dapat Kebenaran Guna Laluan Thailand, Operasi Gali Kubur

oleh Ahmad Albab
04/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Polis Diraja Malaysia telahpun mendapat kebenaran daripada polis Thailand untuk menggunakan laluan mereka bagi memulakan operasi menggali kubur di hutan simpan Mata Ayer, Lubuk Sireh.

Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail berkata sebanyak 91 kubur dikenal pasti di kawasan tersebut dan operasi menggali akan bermula Rabu ini.

“Jarak kem transit itu agak jauh dari kem di Wang Kelian. Operasi di Wang Kelian telah berakhir dan pasukan polis serta forensik akan berehat dulu sebelum memulakan operasi Rabu nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Shafie berkata tempoh perjalanan menggunakan laluan di Ban Talok, Thailand mengambil masa kira-kira satu jam kerana kawasannya tidak securam di laluan Wang Kelian yang mengambil masa lebih dua jam.

Ditanya bagaimana mayat yang digali akan dibawa turun, Shafie berkata belum pasti lagi sama ada menggunakan laluan darat atau helikopter.

Pada Ahad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mendedahkan kem transit baharu itu terletak 100 meter dari sempadan Thailand dan masih belum dimasuki pasukan polis dan forensik.

Kem itu kini dikawal rapi Pasukan Gerakan Am bagi memastikan tiada pihak mencuri bahan bukti dan sehingga pihak forensik serta polis mengenal pasti perkara yang berkaitan. – BERNAMA

Tags: kuburpemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

09/08/2025
0

KOTA KINABALU - Proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dilakukan pada petang ini selepas permohonan perintah menggali kubur...

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

30/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Penduduk berdekatan tanah perkuburan di Setapak mendakwa kegiatan berzikir seperti yang tular di media sosial sebelum ini dilakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd