• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Singapura Isytihar Hari Perkabungan Kebangsaan Esok

oleh Ahmad Albab
07/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengisytiharkan esok sebagai Hari Perkabungan Kebangsaan bagi mangsa warga Singapura susulan gempa bumi di Sabah, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Dalam satu kenyataan, PMO berkata bendera negara di semua bangunan kerajaan akan dikibarkan separuh tiang.

Sebagai penghormatan, upacara bertafakur selama satu minit akan dilakukan pada permulaan hari di semua venue Sukan SEA.

Menurut PMO, Perdana Menteri berasa amat dukacita terhadap kematian lapan warga Singapura dalam insiden gempa bumi di Gunung Kinabalu, Sabah.

Mereka ialah seorang guru dan enam pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong yang mengikuti rombongan sambil belajar sebarang laut termasuk seorang penunjuk arah.

Seorang guru dan seorang pelajar masih hilang.

Bagi pihak semua rakyat Singapura, Lee merakamkan ucapan takziah yang mendalam dan simpati kepada keluarga dan orang tersayang mereka.

“Ketika kami berdukacita atas kehilangan nyawa ini, kami juga ingin menarik perhatian bahawa mereka sedang berusaha untuk menghadapi cabaran baharu,” katanya.

Lee juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras tanpa mengenal penat dalam operasi mencari, menyelamat dan pemulihan – pihak berkuasa Malaysia, pasukan mencari dan menyelamat, kakitangan hospital, dan semua pegawai dan sukarelawan yang membantu dalam apa cara di Sabah dan Singapura.

“Kami berharap bahawa ucapan simpati secara kolektif dan sokongan daripada semua rakyat Singapura akan memberi ketenangan dan keselesaan kepada keluarga dan orang tersayang mangsa,” kata Lee.

Sekumpulan pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong sebelumnya dilaporkan menyertai rombongan bersiar-siar di Gunung Kinabalu apabila gempa bumi melanda pada Jumaat lepas. – BERNAMA

Tags: Gempa Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau Pagi Ini – Jabatan Meteorologi

30/12/2015
0

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah melanda daerah Ranau di Sabah dengan kekuatan 3.2 pada skala Richter pada pukul...

Penjawat Awam Mangsa Gempa Bumi Boleh Buat Tuntutan Insurans

03/07/2015
0

KUALA LUMPUR - Penjawat awam yang menjadi mangsa gempa bumi di Sabah baru-baru ini, dinasihatkan mengemukakan tuntutan insurans bencana alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd