• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLKN 2.0: Elemen Pencegahan Awal Ancaman Militan Bakal Dimasukkan

oleh Ahmad Albab
30/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat menambah elemen pencegahan awal ancaman militan dalam modul baharu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata penambahan elemen berkenaan dalam modul baharu itu penting sebagai persediaan pelatih menghadapi fenomena ancaman keselamatan baharu seperti militan IS.

Bagaimanapun katanya perkara itu masih dalam peringkat kajian memandangkan fenomena IS yang menggunakan pendekatan media sosial dianggap satu cabaran besar untuk ditangani.

“Saya bersama anggota keselamatan dan agensi risikan antarabangsa masih meneliti dan menyelami fenomena IS ini dan sehingga kini tidak ada satu formula dapat menanganinya.

“Penularan melalui media sosial membawa kesan amat buruk di mana ia merentasi sempadan sehingga anak muda terpengaruh dan ia membelenggu bukan sahaja kita, malah negara yang jauh lebih maju daripada kita,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Zali Mat Yasin.

Sehubungan itu, Hishammuddin berkata kerajaan sedang giat berusaha meneliti tarikan yang mempengaruhi anak muda dan langkah bagi mencegah mereka daripada terlibat dalam militan itu.

Antara nilai tambah yang bakal dimasukkan dalam modul baharu berkenaan ialah menerapkan keamanan nilai sejagat dalam konteks landskap dunia ketika ini, katanya.

Dalam pada itu beliau berkata elemen kemahiran teknikal dan vokasional yang turut dimasukkan dalam modul baharu PLKN akan menjadi nilai tambah kepada pelatih supaya mudah mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan.

“Paling penting sijil baharu yang dikeluarkan ini ditambah nilai serta memenuhi kehendak pasaran.

“Jadi, tiada alasan untuk tidak menerima mereka bekerja dalam syarikat swasta masing-masing,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: MilitanPLKN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd