• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petani Didakwa Teroka Tanah Secara Haram Di Cameron Highlands

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUB – Seorang petani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan meneroka tanah secara haram di Cameron Highlands tahun lalu.

Pang Lian Por, 47, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan iaitu menduduki, memotong, menanam, membina dan membersihkan tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah di hadapan insinerator Kampung Raja, Sungai Ikan, Mukim Telum di tanah tinggi itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10.30 pagi, 11 Dis tahun lepas melibatkan kawasan seluas 43.3 ekar (17.32 hektar).

Dia didakwa mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 425 (1) kanun sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum setahun bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ellyna Othman menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Pang yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dikurangkan atas alasan dia tidak lagi mempunyai pekerjaan.

“Saya orang susah. Saya berjanji akan hadir ke mahkamah setiap kali kes ini dibicarakan,” katanya yang kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung.

Hakim Shahrizat Ismail membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes.

Tertuduh yang dipercayai menanam pelbagai jenis sayur di tanah itu sejak dua tahun lalu, membayar jaminan itu.

Isu penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands bagi tujuan pertanian menggemparkan negara pada hujung tahun lalu, selepas ia dipercayai mengakibatkan pelbagai kesan ke atas alam sekitar termasuk insiden banjir lumpur dan tanah runtuh selain menyumbang ke arah kebanjiran warga asing. – BERNAMA

 

Tags: Cameron HighlandsPetani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

28/04/2023
0

BANGKOK : Parti pemerintah Thailand, Palang Pracharath (PPRP) yang pengaruh politiknya semakin berkurangan mengumumkan ikrar kempen baharu yang mengejutkan iaitu...

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

28/01/2023
0

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh tujuh rakan sekerja ladang di California memberitahu wartawan Amerika Syarikat bahawa dia sememangnya bersalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd