• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesanan TMJ Agar Pemimpin Lebih Berintegriti

oleh AK-47
29/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM kancah sistem pentadbiran masa kini, kebanyakkan pemimpin kurang memiliki sikap integriti yang merupakan sikap agung bagi seorang pemimpin.

Komen itu dibuat oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi sebuah pautan di laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers.

“Sifat kepimpinan yang paling agung adalah integriti. Malang sekali, dalam dunia masa kini, sifat ini semakin sukar dijumpai,” titah baginda.

TMJ bertitah, pemimpin pengecut pula merupakan manusia paling bahaya.

JDT

Titah baginda, salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenalpasti sesuatu masalah sebelum ia menjadi darurat.

Baginda bertitah, erti kepimpinan itu merupakan pesanan yang diberikan oleh nenda baginda, Amarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

“Baginda juga mendidik saya bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukannya.

“Ingatlah bahawa kunci kepimpinan yang cemerlang pada hari ini adalah dengan mempunyai pengaruh, bukannya dengan menunjukkan kuasa.

“Tiada maknanya jika anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif. Sekiranya anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif, itu petanda yang anda tidak layak menjadi seorang pemimpin,” titah baginda.

TMJ bertitah, konteks itu merujuk kepada kepemimpinan Negeri Johor kerana apa yang dikatakannya sering membuatkan orang lain melenting.

“Nampaknya apa yang saya katakan sering membuatkan ramai orang melenting. Oleh itu, saya hanya bercakap dalam konteks Negeri Johor yang dekat di hati saya.

“Nasihat saya kepada semua pemimpin dalam setiap sektor kerajaan, NGO dan organisasi di Johor adalah supaya memberikan inspirasi dan memimpin segenap lapisan rakyat.

“Jangan cuba memanipulasi dan menguruskan orang. Inventori barangan boleh diuruskan, tetapi rakyat harus dipimpin melalui tauladan dan dengan berintegriti,” titah baginda.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=i6Z6ZpvYUHI

Tags: pemimpinTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TMJ Pertikai MFL Kurangkan Hukuman Selangor FC

TMJ Lancar Stablecoin Disokong Ringgit, Jejak Langkah Baharu Dalam Ekonomi Digital Negara

10/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Dalam satu langkah bersejarah yang diyakini mampu melonjakkan inovasi kewangan negara, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail...

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

26/11/2025
0

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal - TMJ OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd