• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin PAS Suka Bertegang Leher Mahu Tunjuk Hero

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang tewas dalam pemilihan parti itu baru-baru ini menyifatkan pemimpin PAS yang gemar bertegang leher dengan parti lain dalam pakatan rakyat adalah mereka yang mahu tunjuk hero.

Menurutnya, barisan kepimpinan Pemuda PAS sebelum ini sentiasa mengambil pendekatan musyawwarah dan berbincang dengan parti pembangkang lain jika wujud perbezaan kerana mahu menjaga hubungan pakatan rakyat.

“Jika ada pemimpin DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerang PAS atau Presiden, kami ambil pendekatan telefon bagi amaran atau berikan penjelasan.

“Namun jika dengan cara bertegang leher sesama sendiri lebih disukai maka saya berlepas diri dari cara ini. Jika masing-masing hendak tunjuk hero, hanya bahasa ditolak dalam pilihan raya umum mungkin dapat memberi kesedaran dan keinsafan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata, barisan kepimpinan Pemuda PAS sebelum ini sentiasa berusaha mengekalkan hubungan parti dengan DAP dan PKR kerana memikirkan kerajaan-kerajaan negeri yang dibentuk secara bersama parti dalam pakatan rakyat.

Menurutnya, melalui kerajaan itu, maka PAS dapat menguasai dan meraih sokongan daripada rakyat melalui khidmat bakti ahli-ahli kita yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

“PAS juga dapat mengembangkan Islam melalui penguasaan masjid dan surau, menguasai orang Melayu melalui JKKK, menjadi ahli majlis untuk menguasai sokongan separa bandar, bandar serta bandar raaya.

“Jika orang seperti saya menegur maka berbakul-bakul label saya akan dapat… Maka saya doakan masing-masing terus sukses dengan jalan yang dipilih,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: Suhaizan Kayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Permain Hukum Agama – Suhaizan

Jangan Permain Hukum Agama – Suhaizan

03/09/2023
0

JOHOR BAHRU: “Saya tiada masalah, tetapi dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) seolah-olah mempermainkan hukum agama.” Demikian komen calon Pakatan Harapan...

Pesta Arak: Jangan Eksploit Keputusan Kerajaan Negeri

18/10/2018
0

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba memanipulasi kenyataan Menteri Besar Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd