• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Tentera Perlu Terus Memburu Ilmu – Raja Perlis

oleh Ahmad Albab
14/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengingatkan para pegawai tentera supaya sentiasa memburu ilmu meskipun kebanyakan mereka telah memiliki ijazah.

Menurut baginda, mereka perlu mendalami ilmu dalam segenap aspek terutama dalam bidang ketenteraan dan tidak hanya berpuas hati dengan pencapaian akademik yang telah mereka miliki.

“Jangan harap ilmu datang (sendiri) kepada anda. Anda kena cari di mana yang boleh,” titah baginda pada majlis santapan malam anjuran Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja di Wisma Perwira Kementerian Pertahanan di sini, Sabtu malam.

Baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua RRD berharap mereka sentiasa memberi bimbingan yang terbaik untuk anggota bawahan termasuk menunjukkan teladan yang murni kepada mereka.

Tuanku Syed Sirajuddin yang berpengalaman luas dalam bidang ketenteraan dan pernah berkhidmat di zaman konfrontasi Malaysia-Indonesia sekitar tahun 60-an bertitah anggota bawahan akan menghormati para pegawai yang sentiasa mengambil berat tentang mereka.

Baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua Kor Polis Tentera Diraja turut mengingatkan para pegawai tentera supaya tidak menyamakan keupayaan mereka yang berpendidikan tinggi dengan anggota bawahan yang mempunyai latar akademik, agama dan kampung yang berbeza.

“Anda perlu sentiasa berfikir cara terbaik dan kerap bercakap dengan mereka supaya mereka faham apa yang hendak disampaikan,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin juga mengingatkan warga tentera supaya memberi perkhidmatan yang terbaik untuk negara dan sentiasa bersiap siaga kerana tenaga mereka diperlukan sepanjang masa.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Pemerintahan Wilayah Timur Tentera Darat Malaysia (TDM) merangkap Pengerusi Rejimen Renjer Diraja Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar.

Majlis santapan malam siri ke-8 bersempena hari keputeraan Raja Perlis yang ke-72 itu bertujuan menzahirkan rasa kasih dan taat setia tidak berbelah-bahagi kepada baginda yang menjadi Kolonel Yang Dipertua kepada RRD dan Kor Polis Tentera Diraja. – BERNAMA

 

Tags: Raja PerlisTentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

TERKINI: Agong Zahir Nasihat Tegas, Pastikan Warga Tentera Darat Junjung Integriti, Amanah

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat agar memastikan warga tentera...

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

Tentera Darat Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Dadah Bernilai Hampir RM11 Juta Di Sempadan Utara

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk dadah bernilai hampir RM11 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd