• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemelut MIC: Palanivel Gantung Timbalan, Naib & 10 Yang Lain

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menggantung keahlian Timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam; Naib Presiden, Datuk M Saravanan dan 10 ahli lain selama setahun.

G Palanivel berkata, penggantungan keahlian individu terbabit berikutan kegagalan mereka membatalkan mesyuarat tidak sah Interim Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), semalam.

“Semalam saya mengeluarkan notis kepada semua ahli CWC dan pemimpin parti yang lain untuk membatalkan mesyuarat tidak sah itu dan mengajukan kepada saya notis pembatalan mesyuarat itu. “Bagaimanapun, individu ini tidak berbuat demikian.

Jelas sekali, tindakan individu berkenaan bercanggah dengan perlembagaan dan kepentingan parti.

Dengan kuasa yang ada sebagai presiden, saya menggantung keahlian ahli berkenaan selama 12 bulan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain dua pemimpin tertinggi parti itu, individu lain yang digantung keahlian adalah Datuk Seri S K Devamany, N Rawisandran, Datuk R Ganesan, Datuk M Davendran, Datuk KRA Naidu, Datuk V M Panjamothy, P Manivasagam, S Ananthan, M Mathuraiveran, Datuj M Asojan, P Shanmugan, Mohana Muniandy dan K R Parthiban.

“Individu lain yang menandatangani notis tidak sah itu juga sudah digantung keahlian mereka lebih awal, yang mana penggantungan itu adalah kekal.

“Saya sudah mengeluarkan surat penggantungan berkenaan semalam yang akan diterima oleh mereka dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata, berikutan penggantungan itu, individu ini tidak boleh terbabit dalam sebarang aktiviti parti sebagai ahli. – BH Online

Tags: G.PalanivelMIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd