• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palanivel, 4 Yang Lain Fail Permohonan Tangguh Keputusan Mahkamah

oleh Ahmad Albab
23/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan empat yang lain memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya parti itu mengadakan pemilihan baharu.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu media hari ini, mahkamah menetapkan 10 Julai untuk mendengar permohonan penangguhan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad.

Mereka memfailkan permohonan untuk penangguhan itu pada 19 Jun, tiga hari selepas memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 15 Jun, Asmabi menolak permohonan semakan kehakiman itu dan memutuskan RoS hanya memberi pandangan bahawa parti itu perlu menyelesaikan pertikaiannya, bagaimanapun, cadangan untuk mengadakan pemilihan baharu bagi menyelesaikan masalah MIC, sebenarnya datang daripada Palanivel.

Asmabi berkata Palanivel, dalam surat bertarikh 5 Feb 2015, bersetuju untuk menyelesaikan masalah parti dengan mengadakan pemilihan baharu di semua cawangan dan bahagian termasuk jawatan presiden.

Kelima-lima mereka memfailkan dua permohonan berasingan bagi semakan kehakiman untuk mencabar arahan RoS supaya parti itu mengadakan pemilihan baharu.

Permohonan pertama difailkan pada 23 Feb oleh anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC A.K. Ramalingam, 47, yang menamakan RoS dan Ketua Pengarahnya Mohammad Razin Abdullah selaku responden.

Permohonan kedua difailkan pada 24 Feb oleh Palanivel, Naib Presiden MIC Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan, serta bekas Setiausaha Agung MIC A. Prakash Rao. – BERNAMA

Tags: G.PalanivelMIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd