• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OIC Kutuk Serangan Ke Atas Masjid Di Kuwait

oleh Ahmad Albab
27/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk keras serangan oleh pengganas yang menyasarkan Masjid Imam Al-Sadiq di ibu negara Kuwait, hari ini.

Setiausaha Agung OIC, Iyad Madani Ameen dalam satu kenyataan berkata, letupan di masjid itu bukan sahaja menyebabkan kematian dan mencederakan ramai jemaah yang tidak berdosa tetapi juga mengancam keselamatan dan kestabilan Kuwait dan masyarakatnya.

Beliau berkata kumpulan pengganas yang melakukan perbuatan jahat itu hanyalah sekumpulan penjenayah yang langsung tidak menghargai kehidupan manusia, dan tidak mempunyai apa-apa nilai, moral dan pegangan agama serta bertujuan untuk memburuk-burukkan Islam dan umat Islam.

Laporan antarabangsa menyatakan bahawa letupan tersebut yang merobek masjid selepas solat Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan ramai lagi.

Madani melahirkan solidariti OIC bersama kepimpinan, kerajaan dan rakyat Kuwait.

Beliau juga merakamkan ucapan takziah kepada Emir Kuwait, kerajaan Kuwait dan keluarga mangsa dan berharap semoga mereka yang cedera segera sembuh.

Madani mengulangi pendirian tegas OIC yang mengutuk keganasan dalam semua bentuk dan manifestasi, sambil menekankan tentang perlunya usaha bersepadu semua negara anggota untuk menangani masalah ini berdasarkan resolusi yang dikeluarkan oleh OIC berhubung perkara ini. – BERNAMA

Tags: masjidserangan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

18 Pelancong Cedera Nahas Belon Udara Panas

Next Post

Dua Buruh Cedera Dihempap Besi Perancah

Related Posts

Serangan Israel Ke Atas Iran Cetus Panik Sementara Dalam Pasaran

Serangan Israel Ke Atas Iran Cetus Panik Sementara Dalam Pasaran

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Serangan tentera Israel ke atas Iran dijangka mencetuskan jualan panik sementara dalam pasaran saham serantau termasuk Bursa Malaysia,...

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

Next Post

Dua Buruh Cedera Dihempap Besi Perancah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd