• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Mungkin Hadapi Wabak Denggi Terbesar

oleh Ahmad Albab
25/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Negara mungkin menghadapi wabak denggi terbesar pernah berlaku dengan lebih 40,000 kes dan 157 kematian dilaporkan sejak Januari tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata angka itu mengejutkan berbanding apa yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“Jumlah kematian tahun ini berganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan 30 peratus lagi kes dilaporkan, yang jauh lebih tinggi dari tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dengan media di sini, semalam.

Beliau berkata banyak kes baharu yang dilaporkan tahun ini ialah jenis Denggi yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Dahulu, ia cuma demam denggi berdarah. Sekarang, denggi boleh menyebabkan kegagalan hati berfungsi, radang paru-paru, jangkitan otak. Tingkah laku virus berbeza sekarang,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai insiden ‘sarung’ di Hospital Sungai Buloh, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata para pelawat telah ditahan oleh pengawal keselamatan, bukan oleh pihak pengurusan hospital.

Bagaimanapun, beliau berkata pengawal tersebut telah diberi amaran dan latihan akan diberikan untuk membolehkan beliau memahami prosedur hospital.

“Pengawal keselamatan itu baru bertugas di hospital itu. Setiap tempat mempunyai garis panduan mengenai pakaian,” kata beliau.

Media tempatan hari ini melaporkan seorang wanita telah ditahan oleh pengawal keselamatan di pintu masuk Hospital Sungai Buloh pada 16 Jun kerana memakai seluar pendek. – BERNAMA

Tags: denggiDr S. Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd