KRISIS dalaman Malaysian Indian Congress (MIC) semakin berlanjutan setelah Presidennya, Datuk Seri G Palanivel bertindak menggantung keahlian Timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Naib Presiden, Datuk K Saravanan dan 10 ahli selama setahun.
Keputusan tersebut dibuat setelah kesemua mereka didakwa gagal membatalkan mesyuarat tidak sah Interim Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), pada Isnin.
Kemelut MIC: Palanivel Gantung Timbalan, Naib & 10 Yang Lain
Semalam, Palanivel sekali lagi mencetuskan kehangatan dalam arena politik apabila menuding jari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyalahkan beliau susulan kemelut yang melanda MIC ketika ini.
Dalam satu perhimpunan yang dibuat di PWTC, Palanivel berkata, Najib memihak kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) lantas memberi tekanan kepada MIC untuk menolak pemilihan parti yang diadakan pada 2013 lalu.
Susulan itu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menggesa Palanivel berhenti menyalahkan pihak lain atas kemelut yang sedang melanda parti India terbesar itu.
Melalui laman sosial Twitter rasminya pada hari ini, Najib turut berkata, Palanivel harus menerima keputusan yang ditentukan oleh mahkamah dan RoS.
I'll summon @GPalanivel to explain his reported comments at PWTC. He shd stop blaming others & must abide by the decision of the courts &RoS
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 21, 2015
Lantas itu, Najib berkata, beliau akan memanggil Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu untuk memberi penjelasan terhadap kenyataannya di PWTC tempoh hari.
Pergolakan dalaman MIC bermula semenjak penghujung tahun lalu setelah pihak RoS memerintahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi kesemua jawatan berkuat kuasa 90 hari, namun sehingga kini ia masih gagal dilaksanakan.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
MIC Sokong Penuh Kepimpinan Najib Tun Razak