• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mogok Akan Hanya Merugikan Kakitangan MAS

oleh Ahmad Albab
17/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ancaman untuk melancarkan mogok oleh kesatuan kakitangan Malaysia Airlines (MAS) akan hanya merugikan mereka sendiri di samping mungkin menyebabkan syarikat penerbangan itu menghadapi tindak balas merugikan daripada pengguna, kata seorang ahli akademik hari ini.

Selepas dua tragedi MH370 dan MH17 yang menghakiskan keyakinan penumpang dan menimbulkan isu keselamatan, sikap enggan berkompromi ini nampaknya akan merosakkan imej negara dan jenama syarikat penerbangan itu, kata Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurutnya, adalah sangat tidak adil pelan perjalanan orang ramai diganggu oleh tindakan mementingkan diri oleh sebilangan kecil pekerja.

Dr Ahmad yang juga Timbalan Pengarah Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad UUM berkata, ancaman yang dikeluarkan minggu lepas oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) untuk melancarkan mogok melainkan syarikat penerbangan itu membatalkan tindakan memberhentikan 6,000 pekerja, adalah ‘tidak bertanggungjawab’ berikutan realiti yang MAS berada dalam keadaan secara ‘teknikalnya bankrap’.

Beliau berkata, selepas melalui tiga penstrukturan semula yang gagal, segenap usaha perlu dibuat bagi memastikan kejayaan rombakan yang sedang dilakukan kerana kegagalan bukan lagi satu pilihan.

“Kelangsungan hidup MAS kini penting. Jika terdapat mana-mana kesatuan sekerja memikirkan untuk mengadakan mogok, mereka perlu menyoal diri mereka siapa yang akan mendapat faedah daripada tindakan seperti itu,” katanya kepada Bernama.

Dr Ahmad berkata, mogok akan hanya menjejaskan pelan pemulihan syarikat penerbangan itu dan meletakkan pekerjaan 14,000 kakitangan yang dikekalkan, dalam keadaan sangat bahaya.

Beliau berkata, RM6 bilion yang disuntik Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) yang memiliki MAS, bagi menyelamatkan syarikat penerbangan negara itu juga bermakna menawarkan talian hayat kepada 14,000 pekerjaan yang masih wujud.

Menurutnya, tanpa suntikan dana yang begitu besar, syarikat penerbangan itu sudah pasti diisytihar bankrap.

Jika MAS dipaksa mengambil semula 6,000 pekerja sebagaimana dituntut oleh kesatuan, syarikat penerbangan itu mungkin terpaksa berhenti beroperasi, tambahnya.

“Kenapa kita mesti membenarkan golongan minoriti menguasai majoriti? Kenapa kita tidak memikirkan kepentingan negara berbanding kepentingan individu.

“Ini tidak bermakna kita tidak berasa simpati kepada nasib 6,000 pekerja yang diberhentikan, tetapi jika kita mahu menyelamatkan MAS, mereka perlu mencari pekerjaan lain,” katanya.

Setakat ini, selain Pusat Pembangunan Korporat uang ditubuhkan Khazanah bagi membantu memberi latihan semula dan penempatan kerja, AirAsia dan Malindo juga telah menawarkan pekerjaan kepada kakitangan MAS yang diberhentikan itu.

Dr Ahmad berkata, Khazanah juga telah melaksanakan terma pampasan yang adil serta setimpal kepada kakitangan terbabit.

Berdasarkan Perjanjian Bersama itu, MAS akan membayar kadar asas sebulan gaji untuk setiap tahun perkhidmatan kepada mereka yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun dan 1.5 bulan gaji untuk setiap tahun perkhidmatan kepada mereka yang berkhidmat lebih 10 tahun.

Menurutnya, Japan Airlines (JAL) pernah diiystihar bankrap yang antara puncanya ialah bantahan kesatuan kepada langkah mengurangkan kos selain daripada pengaturan berbeza dengan kesatuan berbeza untuk jenis pekerjaan yang berbeza, sesuatu ang luar biasa dalam industri penerbangan, dan jaminan bayaran 65 jam penerbangan kepada juruterbang walaupun mereka sering terbang kurang daripada itu.

Dan apabila JAL muflis, semua kakitangannya hilang pekerjaan, katanya, dengan menambah sesetengah kelompok dalam NUFAM yang mengancam mengadakan mogok itu berkelakuan seperti kesatuan JAL.

“Kita jangan lupa yang Khazanah membelanjakan RM1.5 bilion wang pembayar cukai untuk memberi pampasan kepada pekerja terlibat serta mereka yang ditawar menyertai MAS baharu.

Dr Ahmad menegaskan akan pentingnya Malaysian Airlines Bhd (MAB) sebagai syarikat baharu yang menguruskan MAS mulai 1 September, bebas daripada sebarang bentuk kesatuan yang merosakkan di samping campur tangan politik kerana penstrukturan semula yang dilakukan sekarang untuk memulihkan syarikat penerbangan itu adalah ‘langkah terakhir’ MAS. – BERNAMA

Tags: MASMogok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz

Doktor Kontrak Tak Mogok Hari Ini

03/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menjelaskan tiada mogok doktor kontrak di kemudahan kesihatan awam di seluruh negara, hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd