• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Bercadang Adakan Pemilihan Semula – Palanivel

oleh Ahmad Albab
20/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MIC bercadang mengadakan pemilihan semula jawatan dari peringkat cawangan hingga presiden sebelum akhir tahun ini, kata Presidennya Datuk Seri G. Palanivel.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, bagaimanapun berkata perkara itu belum muktmad memandangkan rayuannya untuk membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) agar MIC mengadakan pemilihan semula, masih belum diputuskan mahkamah.

“Ia hanya suatu cadangan kerana kami perlu membuat beberapa pertimbangan lain juga,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan 2,760 anggota cawangan parti itu di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata, langkah pertama ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa undang-undang dan audit bebas antara Ogos dan September tahun ini yang bertanggungjawab mengendalikan pemilihan semula itu.

Bagaimanapun, katanya, majoriti anggota jawatankuasa berkenaan ialah daripada MIC.

Ditanya sama ada cadangan itu dipersetujui Timbalannya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Palanivel berkata perkara itu tidak relevan kerana Dr Subramaniam telah digantung keanggotaannya daripada parti itu bersama 13 yang lain.

Palanivel juga mendawa beliau telah berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang bersetuju parti itu mengadakan pemilihan semula dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, ketika berucap kepada kira-kira 5,000 anggota perwakilan di dewan itu, Palanivel menegaskan bahawa beliau masih presiden MIC kerana dilantik secara sah mengikut perlembagaan parti.

Palanivel juga berkata beliau sentiasa komited terhadap usaha menambah baik kehidupan rakyat Malaysia berketurunan India serta membina masa depan lebih gemilang untuk mereka.

Esok giliran Dr Subramaniam pula mengadakan perjumpaan dengan ketua cawangan parti itu bagi mendapatkan sokongan mereka terhadap kepimpinannya.

Sebelum ini, para pemerhati berkata perjumpaan itu amat perlu diadakan bagi membolehkan kedua-dua pemimpin memberi penjelasan tentang tindakan serta pendirian mereka bagi memudahkan para pengerusi cawangan memilih pemimpin yang difikirkan mampu membawa perubahan dan pembaharuan terhadap MIC supaya parti itu terus relevan dengan tuntutan masa. – BERNAMA

Tags: G.PalanivelMIC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Festival Iftar @ KL 2015 Sasar 300,000 Pengunjung

Next Post

UMNO P.Pinang Selar Tindakan Roboh Struktur Logo

Related Posts

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

22/06/2024
0

Bekas Menteri Sumber Manusia M Saravanan dipilih sebagai Timbalan Presiden MIC sekali lagi selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding untuk...

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

05/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Selepas MCA, kini MIC turut mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan...

Next Post

UMNO P.Pinang Selar Tindakan Roboh Struktur Logo

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd